
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung dari dapur dot com yang sentiasa mencuba pelbagai resepi kek dari kami. Pernah makan pavlova ? Sedap kan, nak tahu cara buat macam mana ? Jom baca artikel Mudahnya Membuat Pavlova Di Rumah .
4 biji putih telur putih sahaja Gred A ( putih sahaja )
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
Bahan – Bahan Topping
1 botol whipping cream – boleh didapati di pasaraya.
Buah-buahan kesukaan anda. ( Cth : strawberi , kiwi dll )
Cara Penyediaan Pavlova
Tips – Pastikan tiada sebarang habuk / minyak pada permukaan mangkuk/bekas dan juga hanya putih telur sahaja – Ini penting .
Pertama , menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhan, pukul 4 biji putih telur sehingga kembang dan berbuih-buih. Selepas itu, barulah masukkan gula sedikit demi sedikit . Ianya bermaksud, masukkan sedikit, kacau menggunkan hand mixer hingga sebati, baru masukkan lagi, kacau lagi hingga sebati hancur. Ulang sehingga gula habis.
Kedua , adun sehingga menjadi “meringue” = putih berkilat.
Tips – Terbalikkan mangkuk/bekas, jika adunan tidak jatuh, itu bermakna anda mencapai tahap yang dikehendaki .

Ketiga , masukan tepung jagung,cuka dan esen vanilla dalam adunan. Dan kacau laju menggunakan spatula kayu. Selepas sebati semuanya , alaskan loyang dengan baking paper , letakkan adunan di atas loyang mengikut bentuk anda mahu. Panaskan oven selama 150’C selama 15 minit dan selepas itu turunkan suhu kepada 140’C, barulah dimasukkan adunan dan dibakar selama 60 -75 minit bergantung pada oven anda.
Tips – Jangan keluarkan pavlova terus dari oven selepas selesai. Buka pintu oven dan biarkan pavlova menyejuk.
Keempat , selepas sejuk, letak topping iaitu whipping cream di atas pavlova dan susun hirisan buah-buahan yang anda mahu. Wah , siap dah pavlova paling sedap .
Best dan senang kan resepi kek ini .
Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :
Resepi Kek Karamel Coklat Kukus
Resepi Kek Chiffon Panda Gebu
Resepi Kek Brownie Butter Kegemaran Ramai
serta banyak lagi ….
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel