Mudahnya Resepi Kek Coklat Lava Sukatan Cawan Untuk Anda Cuba

15932
Lepas ni ada lava la dalam rumah. Jom buat resepi kek coklat lava ni. Step by step dengan sukatan cawan kami berikan special untuk anda kek coklat ni.

Bila sebut kek coklat semua orang tahu. Sekarang ni macam-macam versi kek coklat yang letah diubah suai nama dan rasanya. Ada kek coklat lapis cheese, ada kek colat cheese leleh, ada kek coklat karamel, ada yang kek coklat cheese berhantu. Macam-macam kan? Baru-baru ni ada satu lagi versi kek coklat yang agak lain daripada yang lain. Kek coklat Lava.

Sebenarnya, kek coklat lava memang terkenal untuk menu pencuci mulut di negara Barat. Tapi teknik dan caranya lain dan berbeza. Kek dibakar dengan suhu tertentu dalam masa yang singkat. Lenih kurang 5 minit ke 8 minit sahaja. Tapi resepi yang saya ingin kongsikan ini, kek coklat lava versi Malaysia. Semua orang pun boleh buat.

Ramai dah yang tunjuk ajar termasuk resepi kek coklat lava berhantu , tambah cheese lawa dan sebagainya.So jom kita tengok resepi mudah kek coklat lava sukatan cawan. Mesti mudah nak buat tak perlu timbang bagai kan.

Hanya perlukan bahan-bahan dan acuan yang terpilih sebab nak nampak lavanya kan.hee
Boleh juga guna Mudahnya Cara Buat Resepi Kek Coklat Kukus Lembab Sukatan Cawan di sini .

Lepas ni ada lava la dalam rumah. Jom buat resepi kek coklat lava ni. Step by step dengan sukatan cawan kami berikan special untuk anda kek coklat ni.

Bahan-bahan kek :

  • ½ cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A
  • ½ cawan susu penuh lemak
  • ½ cawan minyak masak
  • ½ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara buat kek coklat lava :

#1: Anda perlukan pengisar yang bersih dan kering. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar. Kemudian, kisarkan adunan hingga lumat dan sebati. Untuk mendapatkan tekstur adunan yang lebih halus, tapiskan adunan sekali lagi. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam acunan. Acuan adalah sangat penting. Cari acuan yang berlubang di tengah untuk memberikan kesan lava nanti.

#2: Setelah itu, panaskan periuk kukus dan tunggu hingga air mendidih. Apabila air sudah mendidih, masukkan adunan kita dan kukus selama 10 minit hingga 15 minit jika acuan kta kecil. Jika menggunakan acuan besar, kukus selama 30 minit. Setelah masak sejukkan kek dan keluarkan daripada acuan.

Lepas ni ada lava la dalam rumah. Jom buat resepi kek coklat lava ni. Step by step dengan sukatan cawan kami berikan special untuk anda kek coklat ni.

Bahan-bahan topping lava :

  • 1 cawan susu pekat manis
  • ½ cawan serbuk koko
  • ½ cawan minyak masak
  • Susu penuh lemak (kuantiti mengikut citarasa; topping cair atau pekat)

Cara-caranya :

#1. Panaskan periuk kecil di atas api yang sederhana kecil. Kemudian masukkan kesemua bahan di atas. Susu penuh lemak dituang mengikut citarasa anda. Jika anda mahukan topping yang sedikt cari, lebihkan susu. Jika anda mahukan topping yang pekat, kurangkan susu. Masak dan kacau topping hingga larut dan pekat. Kemudian sejukkan dan bolehlah curahkan ke dalam lubang kek hingga melimpah. Hiaskan kek dengan serbuk koko.

Kek ini sangat mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang mudah didapati dan cara pembuatannya yang ringkas. Anda semua kalau teringin nak makan kek coklat lava bolehlah cuba resepi ni ya. Semoga bermanfaat semua.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Pilihan : Kek Coklat Tanpa Mixer