Mudahnya Resepi Roti Kentang Topping Kastard Yang Sangat Lembut

2899
Mudahnya Resepi Roti Kentang Topping Kastard Yang Sangat Lembut

Kalau sebut saja pasal roti, macam-macam jenis roti yang ada kan. Kalau saya, saya memang suka makan roti  yang atasnya ditabur dengan chicken floss. Jom cuba buat resepi roti kentang yang menarik untuk hari ini

Cakap pasal roti kentang, ada satu kedai bakeri di kawasan rumah saya ni memang terkenal dengan kegebuan, kelembutan dan kesedapan roti kentangnya. Ya, memang kita guna kentang yang dilenyek untuk bagi aroma dan tekstur pada roti. Tambahan pula, di atas roti ada pula topping kastard yang sedap.

Ish dah tak sabar dah nak buat resepi roti kentang guna tepung gandum dan tepung roti ni.Jom tengok Roti Sarang Lebah Butterscotch disni jika anda minat roti sarang lebah.

Mudahnya Resepi Roti Kentang Topping Kastard Yang Sangat Lembut

Bahan Doh Resepi Roti Kentang
Bahan A 

  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat/susu tepung
  • 2 sudu kecil yis kering

Cara buat doh roti kentang :

#1: Satukan kesemua bahan-bahan A. Rehatkan ia selama 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tidak aktif. Maka, anda perlulah beli yis baru dan buat semula. Sementara itu, kita sediakan bahan-bahan lain pula.

Bahan B

  • 2 biji kentang saiz sederhana (rebus empuk) (anggaran selepas lenyek dapat 1/2 cawan)
  • 2 cawan tepung roti/tepung berprotein tinggi
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin/minyak
  • ½ sudu kecil garam

Cara buat resepi roti kentang gebu dan  mudah ni :

#1:  Ambil satu bekas besar, masukkan pula bahan-bahan B ke dalam bekas. Kacau rata hingga sebati. Setelah bancuhan bahan A kita kembang dan berbuih, tuangkan bancuhan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Anda boleh juga tambahkan air jika perlu. Teruskan menguli hingga doh tidak melekat pada tangan dan sebati sekata.

Mudahnya Resepi Roti Kentang Topping Kastard Yang Sangat Lembut

#2: Selepas doh telah siap diuli, anda bolehlah terus bentukkan ia. Bentukkan doh kita kepada bulat dan letak di dalam bekas yang ditabur tepung. Buat hingga habis  ya. Barulah kita perapkan ia dan rehatkan doh roti kentang kita tadi selama 30 minit hingga 40 minit sehingga doh  naik berganda-ganda.

#3:  Setelah doh mengembang, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Selepas itu, sapukan loyang kita dengan mentega. Bahagikan doh tadi mengikut saiz yang diingini. Saya bahagikan doh kepada 30 gram – 40 gram setiap satu. Kemudian, anda susunlah doh tadi di dalam loyang. Jangan terlalu rapat ya kerana doh akan naik sekali lagi. Rehatkan doh selama 30 minit lagi dengan menutup loyang kita dengan plastik.

Bahan C (bancuhan kuning telur)

  • 1 biji kuning telur
  • ¼ cawan susu segar kotak/susu cair

#1:  Setelah doh mengembang cantik, sapukan doh dengan bahan C yang telah dikacau sebati.

Topping Kastad Untuk Resepi Roti Kentang

  • ½ cawan susu segar/susu cair/bancuhan air susu
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu kecil esen vanila/pandan emulco
  • 2 sudu besar gula
  • Secubit garam

#1:  Satukan kesemua bahan kastard dan kacau sebati di atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat. Setelah itu, sejukkan sebentar, kemudian masukkan ke dalam piping bag. Paip kan kastard kita di atas doh mengikut kretiviti masing-masing. Kemudian, anda bolehlah bakar roti kita di dalam oven dengan suhu 170’C selama 20 minit dengan menggunakan api atas bawah.

Mudahnya Resepi Roti Kentang Topping Kastard Yang Sangat Lembut

#2:  Apabila roti sudah masak, sapukan roti dengan sedikit mentega ketika roti masih panas. Ini bertuuan untuk mencantikkan roti kita. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Roti kentang kita dah siap. Anda semua  bolehlah mencuba. Insha Allah pasti menjadi. Rotinya sangat lembut dan gebu. Di tambah pula dengan topping kastard memang padan sangat. Boleh dihidangkan untuk sarapan dan juga minum petang. Selamat mencuba semua.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Noy Yullan
Penulis Buku Resepi ” 40 Resepi Kek Lapis Sarawak ”
Sangat detail penerangan dalam buku. Sesuai untuk jana pendapatan. Boleh pm beliau untuk detail. RM15 ( exc postage ) sahaja tapi lengkap siap tips . Bestkan.