Resepi Nasi Goreng Daging Sedap Tapi Mudah Yang Membuka Selera

12188
Terasa teringin nak makan nasi goreng di malam hari,apakata cuba resepi nasi goreng daging yang simple tapi power ni.Tips untuk dapatkan nasi goreng sedap, gunakan nasi yang dingin atau dimasak semalaman.Jadi berbiji sedap nasi gorengnya.

Kali ini kami nak beri resepi nasi goreng daging sedap yang boleh anda buat di rumah selain daripada Nasi Goreng Kampung dan juga Nasi Goreng Cina yang telah kami berikan kepada anda.

Memang puas hati buat nasi goreng sendiri di rumah kan.Boleh makan sepuasnya dan berkongsi dengan ahli keluarga. Untuk resepi nasi goreng kali ini, antara tips yang boleh anda buat untuk dapatkan rasa nasi yang sedap adalah :

1-Gunakan nasi putih yang dimasak semalaman.Nasi goreng lebih sedap sebab nasi jadi berbiji.Kalau tiada,masukkan nasi putih ke dalam freezer peti ais 30-40 minit sebelum digoreng.

2-Pastikan daging yang anda guna telah direbus terlebih dahulu sebelum digoreng seketika untuk keluarkan aroma daging yang best dalam nasi goreng daging.

Antara benda best yang dimakan sekali dengan nasi goreng daging ini mestilah sambal belacan power.Kami dah sediakan artikel sambal ini sebelum ini.Ada juga yang suka makan nasi goreng dengan keropok dan juga ulam timun.Katanya lebih rangup.

Apa pun terpulang pada selera anda kan .

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Daging : 
Kuantiti untuk 2 orang makan ya.Boleh tambahkan jika nak buat banyak.

  • 300 gram daging
  • 4-5 senduk nasi
  • 3 sudu makan minyak
  • 3 sudu makan ikan bilis *
  • 2 biji bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 tangkai cili kering *
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan minyak bijan
  • 1/2 sudu makan kicap masin cair
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1/2 sudu makan serbuk lada sulah
  • Secubit garam gula serbuk perasa jika mahu
  • Sayur / cili / hirisan daun bawang

Terasa teringin nak makan nasi goreng di malam hari,apakata cuba resepi nasi goreng daging yang simple tapi power ni.Tips untuk dapatkan nasi goreng sedap, gunakan nasi yang dingin atau dimasak semalaman.Jadi berbiji sedap nasi gorengnya.

Cara Penyediaan Nasi Goreng Daging Mudah : 

#1: Potong nipis daging dan didihkan air.Bila dah didih baru masukkan daging dan rebus sampai masak.Toskan

Tumbuk bahan bertanda 3/4 lumat.Nak dapatkan  nasi goreng yang sedap,jangan kisar perencahnya tapi tumbuk dengan lesung.

Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng biar garing sedikit dan angkat.Ketepikan

#2: Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau barulah masukkan cili kisar.Masak sekejap dengan api kecil barulah masukkan kicap cair,sos tiram,sos cili,kicap dan minyak bijan.Perasakan untuk kali pertama.

Sebelum masukkan nasi,keluarkan 1/2 mangkuk perencah nasi goreng tadi untuk elak nasi terlalu lembab.Masukkan nasi dingin atau yang disejukkan,gaul rata.Kalau nasi kering,tambah bahan perencah ikut keperluan.

#3: Perasakan dengan lada sulah,sayur dan potongan cili serta garam gula ikut pilihan anda.

Terasa teringin nak makan nasi goreng di malam hari,apakata cuba resepi nasi goreng daging yang simple tapi power ni.Tips untuk dapatkan nasi goreng sedap, gunakan nasi yang dingin atau dimasak semalaman.Jadi berbiji sedap nasi gorengnya.

Masak hingga sayur layu dan boleh lah hidangkan nasi goreng daging anda dengan sambal belacan dan lobak jeruk jika mahu serta ditaburkan dengan hirisan daun bawang.

Sedap sangat nasi goreng.Kalau anda sangsi,silakan mencuba dan nilaikan sendiri ya.Lepas ni dah tak perlu ke kedai dah jika tekak teringin nak makan nasi goreng pada malam hari.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom