Resepi Nasi Ayam Penyet Beserta Sambal Ayam Penyet Sedap

6325
Kalau makan nasi ayam penyet beserta sambal ayam penyet kami ni, rasanya memang bertambah nasi.Sangat sedap dan mudah disediakan nasi ayam penyet ni.

Kali ni kami mahu berikan anda resepi ayam penyet lengkap satu hidangan bermula dari nasi yang berperisa haruman ayam , ayam goreng penyetnya yang rangup di luar dan lembab di dalam , tempe goreng beserta bahan yang paling penting, sambal penyet yang betul-betul membuatkan selera makan membuak-membuak.

Amboi sedap sangat ke tu..
Cubalah cara kami dan selepas itu berilah komen ya.Pertama sekali kita sediakan bahan lumur untuk ayam penyet goreng.Oh ya, kuantiti ayam yang kami gunakan ini adalah sebanyak 7 kepingan peha ayam beserta bahagian bawah dada ya.

Sangai 2 sudu makan rempah , 2 sudu makan jintan manis dan 2 sudu makan jintan putih. Ketepikan.Sambung sangai 8 sudu makan beras. Bila dah selesai kesemuanya, blend kering menjadi serbuk.Simpan dalam bekas kedap udara.Bahan ini kita akan gunakan untuk lumur pada ayam goreng penyet.

Untuk bahagian ayam pula, mesti perasa bila makan di kedai , ayamnya rangup di luap rapi tapi lembut di dalam kan. Jom kita tengok cara penyediaan ayam penyet istimewa ini.Panaskan air dalam periuk besar .Masukkan 2 inci halia muda yang diketuk bersama akar daun sup dan akar daun ketumbar.

Tunggu bila air mendidih barulah dimasukkan ayam yang dicuci bersih bersama sup bunjut.Rebus 20-30 minit.Keluarkan ayam.

JOM CUBA : Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Step By Step

Air rebusan ayam pula kita akan gunakan untuk masak nasi ayam penyet  beserta sup. Untuk nasi, basuh beras seperti biasa dan campurkan air rebusan 3/4 atau sepenuhnya ke dalam beras.Tanak nasi seperti biasa. Untuk sup pula, perasakan sedikit garam dan kiub ayam jika mahu.Daun sup dan bawang goreng dimasukkan bila mahu dihidang nanti.

Kalau makan nasi ayam penyet beserta sambal ayam penyet kami ni, rasanya memang bertambah nasi.Sangat sedap dan mudah disediakan nasi ayam penyet ni.

Jangan lupa keluarkan sup bunjut bila keluarkan ayam untuk elakkan terlebih rasa.

Bila dah siap semuanya, barulah kita masak sambal ayam penyet istimewa ini. Jom tengok bahan sambal penyet ini :

  • 900 gram cili merah besar
  • 100 gram cili kecil pedas
  • 500 gram tomato
  • 200 gram bawang merah
  • 100 gram ikan bilis
  • 130 gram gula melaka
  • 50 gram belacan
  • Minyak 2 senduk

Ini kuantiti untuk 1 kg cili . Boleh bahagikan ikot sukatan yang anda mahu buat. Campuran sambal ayam penyet ini akan terasa tidak terlalu pedas.Jika anda ingin lebih pedas, kurangkan cili merah besar dan tambah cili kecil pedas ya.

Cara penyediaan sambal ayam penyet ini :

#1: Panaskan kuali dan bakar terlebih dahulu belacan. Selepas itu baru lah masukkan dan panaskan minyak.Masukkan ikan bilis, gula melaka, bawang merah.Goreng hingga bawang merah layu sebelum masukkan tomato, cili besar dan cili kecil yang sudah dipotong.

Kalau makan nasi ayam penyet beserta sambal ayam penyet kami ni, rasanya memang bertambah nasi.Sangat sedap dan mudah disediakan nasi ayam penyet ni.

Tips : Masukkan beserta tangkai cili untuk kurangkan pedas 

#2: Masak semua bahan hingga tomato menjadi lembik dan cili menjadi layu. Tutup api dan kisar bahan-bahan ini sehingga 90% hancur. Masukkan sedikit demi sedikit dalam bekas kisar.Elakkan tambah air.Kalau perlu juga , tambah air rebusan ayam sekadar untuk menggerakkan mesin

Kalau makan nasi ayam penyet beserta sambal ayam penyet kami ni, rasanya memang bertambah nasi.Sangat sedap dan mudah disediakan nasi ayam penyet ni.

#3: Masukkan semula bahan kisar ke dalam kuali dan masukkan minyak lagi untuk menumis sambal. Guna api kecil dan tumis sambal ayam penyet sehingga pecah minyak.Sesuaikai kan rasa dengan air perahan limau kasturi, gula dan serbuk perasa.

Ok sambal ayam penyet dh siap, nasi dah , sup dah. Tinggal ayam lagi kan.Jom buat ayam goreng penyet.

Kalau makan nasi ayam penyet beserta sambal ayam penyet kami ni, rasanya memang bertambah nasi.Sangat sedap dan mudah disediakan nasi ayam penyet ni.

Dalam bekas, masukkan 4 sudu makan  beras kisar, 2 sudu makan campuran rempah kisar tadi, 2 sudu makan serbuk kari, 1 sudu teh garam dan 1 sudu makan serbuk kunyit. Masukkan air sedikit dan kacau campuran menjadi pekat. Guna ratio ini ya.Jika cair tambahkan lg  beras kisar.

Lumurkan ayam yang direbus tadi.Panaskan minyak da goreng ayam 5 minit setiap bahagian pada api sederhana. Anda akan dapat ayam penyet yang rangup dan juicy.

Jangan lupa goreng tempe , sediakan ulam dan penyetkan ayam ya.Siap untuk dihidangkan.

Memang terbaik la kombinasi nasi ayam penyet ni dengan ayam dan sambalnya. Kaw kaw.Anda patut cuba.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Tutorial Pilihan : Resepi Nasi Lemak