Nutella Muffin Penuh Rasa Coklat

2398
Memang puas hati makan Nutella Muffin Penuh Rasa Coklat. Rasa yg lazat ditambah dengan tekstur ringan muffin dan inti nutella memang satu kombinasi lengkap.
Memang puas hati makan Nutella Muffin Penuh Rasa Coklat. Rasa yg lazat ditambah dengan tekstur ringan muffin dan inti nutella memang satu kombinasi lengkap.

Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada anda pengunjung dari dapur dot com yang sentiasa menjadikan web ini sebagai pilihan untuk resepi mudah . Kali ini, kami bawakan anda resepi Nutella Muffin Penuh Rasa Coklat . Sesuai dengan namanya, memang sungguh ringkas dan senang cara pembuatan kek muffin ini. Jom kita lihat cara-cara pembuatannya.

Sebelum bermula, disarankan anda membaca artikel ini untuk mempertingkatkan lagi kemahiran anda.

6 Kesilapan Membuat Kek Yang Perlu Anda Elak

Bahan –  Bahan Nutella Muffin Penuh Rasa Coklat

3/4 cawan gula biasa
1 biji telur Gred A
1 1/3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1/4 cawan minyak sayuran
3/4 cawan susu segar
1/3 cawan nutella

Cara penyediaan pula adalah :

Pertama , dalam mangkuk besar, adun gula dan telur hingga sebati dan gula tidak berbintil menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana. Selepas itu , tambah tepung serbaguna, baking powder, garam dan serbuk buah pala. Kacau lagi sehingga semua menjadi sebati. Akhir sekali, masukkan minyak sayuran, susu segar dan esen vanilla.

Kedua , panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180’C . Isikan adunan tadi ke dalam acuan .Hanya isi 2/3 dari ruang acuan. Letakkan nutella atas adunan dan lorek corak menggunakan pencungkil gigi bagi menampakkan corak.

Ketiga , masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15 minit . Sejukkan selepas masak untuk seketika.

Wah..memang sedap la makan muffin ni. Tambah lagi dengan nutella, puas hati dan memang kena buat lagi ni taw. .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Kek Red Velvet Kukus Step By Step
Cheesecake Resepi Bergambar

Oreo Cheesecake Power Non Bake

serta banyak lagi ….

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel