Penyakit Kuning Pada Bayi Yang Anda Perlu Tahu Untuk Sebagai Ibu

27520
3 - Punca lain penyakit kuning pada bayi adalah bayi yang kurang menyusu.Untuk hilangkan gejala kuning, bayi sendiri akan bertindak balas dari segi pembuangan

Penyakit kuning pada bayi atau jaundice pada bayi yang baru lahir boleh dikatakan biasa tapi menjadi luar biasa apabila kuningnya tidak hilang melebihi 10 hari.Bagi pertama kali yang bergelar ibu bapa,situasi ini menjadikan si ibu dan bapa bimbang terhadap kesihatan permata hati.

Ini adalah cerita keluarga kami sendiri yang turun naik ke Klinik Kesihatan dua-tiga hari sekali untuk diambil darah bayi bagi mengukur tahap kuning dalam badan baby.Kesian tengok lebam pada tangan permata hati.

Apa itu penyakit kuning atau jaundice ini ? 

Bahasa mudahnya sel darah merah yang memecah untuk badan dan ianya menghasilkan pigmen bewarna kuning.Untuk bayi yang lebih berusia dan orang dewasa,hati berperanan untuk memproses pigmen kuning atau dikenali dengan nama bilirubin.Tapi sebab bayi baru lahir,hati masih tak matang dan ini penyebab kuningnya.

Kebiasaan bayi normal,paras kuning tinggi dari hari pertama dan ketujuh seterusnya menurun dan hilang pada hari kesepuluh ke atas tapi untuk kes kami,kuning bayi berpanjangan.

Apa sebabnya ? 

1 – Bayi pramatang : Bayi kami dilahirkan secara pembedahan pada minggu 36 dan 5 hari ( tak sampai 37 ) akibat daripada kedudukan yang songsang dan juga jumlah air ketuban yang sedikit.Setelah berbincang dan penilaian risiko, kami bersetuju untuk pembedahan.

2 – Ibu berdarah O : Orang yang mempunyai darah jenis O pula akan menghasilkan antibody yang akan melawan kedua-dua darah jenis A dan juga B. Orang yang mempunyai darah jenis AB pula tidak akan menghasilkan antibody untuk melawan kedua-dua jenis antigen tersebut.Tambah-tambah kalau baby darah lain. Tu yang sebabkan kuning pada bayi berpanjangan.

3 – Punca lain penyakit kuning pada bayi adalah bayi yang kurang menyusu.Untuk hilangkan gejala kuning, bayi sendiri akan bertindak balas dari segi pembuangan air besar dan juga air kencing.Jika najis bayi anda selepas hari keempat,kelima mula bewarna kuning dan berketul cair,itu tandanya bayi cukup susu dan bagus.Kalau bewarna hijau , bayi anda tanda nya kurang susu.

Apa punca peyakit kuning pada bayi saya ? Macam mana nak tahu tahap bahaya penyakit kuning dan apa perlu saya buat untuk hilangkan jaundice ini dari bayi ? Kami kupaskan dalam artikel ini khas untuk anda.

Macam mana nak tahu gejala penyakit kuning atau tanda jaundice ni ?

1– Paling senang adalah pigmen kuning jelas pada kulit muka.Selain tu anda boleh juga tengok pada anak mata putih bayi dan juga gusi.Dah boleh nampak dah.

2– Dengan cara anda tekan menggunakan jari pada dagu atau hidung bayi.Tekan sekitar 3-5 saat dan jika bayi kuning, anda akan nampak.Tahap semakin bahaya kuning bayi adalah daripada wajah,turun ke bahagian dada dan seterusnya ke bahagian kaki.Ini yang perlu anda pantau dan ke klinik kesihatan dapatkan kepastian.

BACA DI LINK BARU : 16 Resepi Berpantang Untuk Orang Bersalin Yang Berkhasiat Tinggi

Macam mana nak tahu tahap bahaya kuning pada bayi ?

Oleh sebab saya suka bertanya ,jadi untuk bayi saya yang mengalami masalah pramatang ,dari hari pertama ke hari kelima, bacaannya mestilah kurang daripada 205  mikromol/l. Jika bawah paras ini, anda boleh balik dan teruskan rawatan.Jika tinggi ,kena pergi ke hospital .Untuk hari kelima sehingga ke 15 adalah 250 mikromol/l.

Rawatan penyakit kuning pada bayi atau cara mengubati jaundice ini ?

Untuk bayi, jika bacaan tinggi, anda akan dirujuk ke hospital untuk menjalani rawatan suluhan lampu bewarna biru untuk kurangkan bacaan .

Pastikan bayi minum susu kerap antara tempoh 2 jam – 2 jam 30 minit sekali minum.Memang bayi yang demam kuning ni akan tidur je, tapi kena kejutkan dan  bagi minum susu supaya mudah buang air besar dan kencing.

Ada juga petua lain tapi kami tak ikut sebab membahayakan bayi seperti bagi air anggur hitam atau sengkuang cina.Bayangkan usus bayi yang lemah tapi nak hadam cerna bahan ini.

3 - Punca lain penyakit kuning pada bayi adalah bayi yang kurang menyusu.Untuk hilangkan gejala kuning, bayi sendiri akan bertindak balas dari segi pembuangan

Untuk ibu pula, jangan masukkan bahan yang bersifat panas seperti lada hitam,bawang putih,kunyit ke dalam menu berpantangnya.Jadi kami hanya bakar ikan selar dengan sedikit garam,nasi bubur beserta sayur sawi kampung dan ikan bilis.Walaupun memang tak sedap,tapi demi kesihatan bayi,bekorban la kejap kan.

Bahaya tak penyakit kuning pada bayi ni sebenarnya ?

Selagi tidak melebihi jumlah yang ditetapkan dalam tempoh lama,ianya adalah normal bagi seorang bayi menghidap demam kuning.

Ikuti saranan dan temujanji yang ditetapkan untuk pemantauan walaupun anda geram bercampur sedih melihat tangan bayi lebam diambil darah.

Demam kuning yang tinggi boleh menyebabkan KERNICTERUS iaitu masalah kecacatan atau kerosakan pada otak hasil dari mendapan bilirubin tadi.

Ianya boleh mengganggu perkembangan kognitif anak-anak atau dalam bahasa mudahnya, bila anak dah berusia 6-7 tahun, tapi pemikirannya jauh terbelakang berbanding mereka yang sama lingkungan umurnya.

Anak juga boleh menjadi slow learner yang pastinya adalah satu masalah lain pula.

Jadi dengan segala ilmu dan pengetahuan yang anda dapat daripada artikel ini diharap dapat membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama.</>