Perbezaan Butter Marjerin Minyak Shortening Dan Lepa Susu Dalam Rasa Biskut

13553
Kami berikan perbezaan mentega dan marjerin serta bahan lain dalam pembuatan biskut.Bila anda dah faham, senang lah nak hasilkan apa jenis biskut nanti.

Bila anda buat biskut , ada tak kadang-kadang biskut nya jadi,kadang-kadang tak jadi.Keras snagatlah, rapuh sangat lah, kembang sangat lah. Jadi hari ini kami mahu anda fahamkan perbezaan mentega ( butter ) dengan marjerin dan juga minyak,shortening serta lepa susu dalam pembuatan sesuatu biskut.

Bila anda dah fahamkan perbezaan rasa dan tekstur kesemua ini, Insyaallah anda boleh hasilkan biskut anda sendiri dari segi rasa dan tekstur serta bentuk sesuatu biskut.

Barulah anda tak salah faham dan hanya ikut orang je. Orang cakap guna marjerin , tp bila anda buat kelaut hasilnya. Rupa-rupanya orang tu tak bagi habis.

Perbezaan mentega ( butter ) dengan marjerin dan juga minyak, shortening serta lepa susu dari segi sifat bahan itu sendiri :

  • Mentega ( butter ) – rasa sedap dari lemak dan bau tapi rapuh sangat
  • Marjerin – kestabilan tapi rasa dan bau kurang sedap
  • Minyak – kelembapan tapi bukan semua biskut perlu lembap
  • Shortening – pengudaraan tapi tak menyumbang dari segi rasa
  • Lepa susu – kombinasi sifat kesemuanya tapi rasa takboleh lawan butter

(nota : lepa susu pun nama depan dia ‘Mentega’ sebab ada peratus lemak susu juga)

Ok sekarang kita dah tahu sifat dan perbezaan mentega dengan marjeri kesemuanya kan. Sekarang bab untuk fahamkan biskut apa yang kita nak hasilkan.

Kami berikan perbezaan mentega dan marjerin serta bahan lain dalam pembuatan biskut.Bila anda dah faham, senang lah nak hasilkan apa jenis biskut nanti.

Contoh nak buat kuih tart, samperit atau cookies biasa. Tart perlukan tekstur yang macamana? Samperit nak tekstur yang macamana? Cookies biasa kita suka yang macamana? Dah tahu apa yang kita nak dalam sesuatu biskut tu, barulah kita boleh putuskan nak guna yang mana. Nak guna butter ke, nak guna marjerin ke.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Shortbread Marble Sangat Sedap Dan Premium

Kalau nak gabung dua bahan di atas atau lebih pun  boleh. Sebab kita yang hasilkan biskut itu.

Contoh nak buat tart nenas yang sedap tapi rangup dan tidak terlalu rapuh ? Jadi jangan guna butter 100% sebab nanti tart kita akan jadi gebu sangat.Mudah pecah.

Mungkin anda boleh gunakan 60% mentega ( butter ) dan 40% lagi marjerin. Hasilnya tart nenas menjadi gebu tapi rangup dalam masa yang sama.

Peratusannya ikut suka, lebihkan yang mana kita nak biskut tu jadi. Rasa sedap jadi peratus butter kena tinggi sedikit.

Kami berikan perbezaan mentega dan marjerin serta bahan lain dalam pembuatan biskut.Bila anda dah faham, senang lah nak hasilkan apa jenis biskut nanti.

Cookies lain, ikut lah mana yang kita nak ketengahkan. Bukan semua cookies perlu tekstur yang rapuh.

Jadi ikutlah nak guna yang mana. Kami cuma nak anda faham proses pembuatan biskut dan perbezaan mentega dengan marjerin dalam penghasilan biskut.

Nanti kami akan tunjukkan lagi macam mana proses untuk hasilnya biskut menggunakan bahan asas sebelum anda boleh ubah ikut suka hati anda.

Terima kasih kepada Puan Nieza Nor Hamnira dalam berikan kita info yang bagus mengenai perbezaan mentega dan marjerin dalam penghasilan biskut.