5 Persediaan Barang Bayi Pertama Untuk Ibu Bapa Sediakan

5731
senarai kelengkapan barang bayi

Menyambut kelahiran anak yang pertama pasti mengujakan buat semua para ibu dan bapa. Kehadiran anak yang dinantikan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang selama 9 bulan 10 hari merupakan satu penantian yang penuh bermakna.Barang bayi juga harus lengkap untuk keselesaan si anak.

 Buat para ibu dan bapa, adakah anda benar-benar bersedia untuk menyambut kelahiran anak anda? Jangan risau dan khuatir.

Kali ini, saya akan kongsikan beberapa persediaan dan kelengkapan barang bayi yang para ibu dan bapa perlu lakukan sebelum menyambut kelahiran permata hati yang dinanti-nantikan selama ini.

Saya juga ada menulis mengenai  16 Resepi Berpantang Untuk Orang Bersalin Yang Berkhasiat Tinggi untuk para bapa sediakan menu berpantang kepada ibu.

Senarai barang bayi yang perlu dibeli untuk keselesaan bayi dan ibu

  • Kelengkapan mandian : sabun mandian, syampoo, bedak dan minyak bayi (pelembap kulit), besen mandi, tuala.
  • Kelengkapan tempat tidur : tilam, bantal, selimut, kelambu, katil bayi, lapik getah
  • Pakaian : kain bedung, barut, baju lengan panjang dan seluar panjang (untuk malam), baju lengan pendek, seluar pendek, baju berlubang (untuk siang), romper, jumpsuit, sarung tangan dan kaki, topi.
  • Kelengkapan lain : pemotong kuku, sikat, tisu basah, botol sembur air, minyak telon, krim diaper (untuk mengelakkan ruam dan kemerahan), alcohol spirit (untuk mencucui pusat bayi), cotton ball, putik kapas telinga, thermometer, nasal aspiration (untuk menyedut hingus), tungku bayi, sabun pencuci botol, sabun basuh baju, lampin pakai buang
  • Tempat penyimpanan : beg baju bayi, bakul besar untuk pakaian, bakul kecil, “stroller”

senarai kelengkapan barang bayi

Senarai barang keperluan ibu semasa berpantang :

  • Set berpantang yang merangkumi jamu, maajun atau herba pil, air akar kayu, daun-daun untuk mandian, minyak panas, krim barut, pilis, dan tungku
  • Kain batik untuk dipakai harian
  • Sarung kaki yang tebal untuk mengelak angin masuk dan sakit badan
  • Tukang urut atau ‘Confinement lady” seeloknya dipanggil untuk berurut apabila hampir habis berpantang 44 hari yakni selama 3 hari berturut-turut.
  • “Sweater” untuk mengelak daripada ibu kesejukan.
  • “Maternity pad”
  • Bengkung

Senarai barang keperluan buat ibu yang menyusu :

  • Botol susu
  • Puting
  • Berus botol susu
  • Breast pump
  • Rak pengering botol susu
  • Sabun pencuci botol susu
  • Beg cooler, botol simpanan susu dan gel ais 
  • Botol air panas
  • “Nursing cover”
  • “Nursing pad” (untuk mengelak susu mengalir)
  • “Nursing bra” (bagi memudahkan proses menyusuan)
  • “Nipple cream” (bagi mengelakkan puting pecah dan luka)
  • “Warmer” (tempat memanaskan susu ibu)

senarai kelengkapan barang bayi

Barang yang perlu ibu dan bapa bawa ke hospital :
Buat ibu :

  1. Buku pink (buku check-up sepanjang tempoh mengandung)
  2. Kad pengenalan ibu
  3. Kain batik dan baju
  4. Selipar
  5. Peralatan mandi 
  6. Mug, sudu, garfu, pinggan, botol air panas
  7. Bekalan makanan : biskut, roti, susu dan roti
  8. Tudung segera 
  9. Sweater dan sarung kaki tebal
  10. Telekung, sejadah kecil dan tafsir Al-Quran (bagi ibu yang masuk hospital awal)
  11. Air selusuh buatan suami
  12. Maternity pads, nursing bra, nursing pads
  13. Seluar dalam pakai buang (memudahkan ibu saat keletihan selepas bersalin)
  14. Plastik sampah 
  15. Charger telefon
  16. Buku doa memudahkan urusan bersalin

Buat bayi :

  1. 5 – 10 keping lampin pakai buang
  2. Baju lengan panjang
  3. Jumpsuit 
  4. Tuala
  5. Selimut
  6. Kain bedung
  7. Barut
  8. Sarung tangan dan kaki
  9. Minyak telon
  10. Topi
  11. Kelengkapan mandian

senarai kelengkapan barang bayi

Itu adalah serba sedikit antara senarai dan kelengkapan barang bayi yang para ibu dan bapa perlu titikberatkan.Kami olah semula petikan dari sumber laman web aeinnamusa.com

Setiap pasangan ibu bapa pasti menginginkan kelengkapan yang sempurna buang sang anak. Apa yang pasti, utamakan keperluan yang paling penting dan rancanglah perbelanjaan sebaiknya.

Anak itu amanah Allah. Jagalah dan didiklah dia sebaiknya. Akhir kata, “Bara yang digenggam biar sampai jadi arang”, dalam mendidik dan menjaga anak-anak memanglah sukar, tapi  biarlah dengan penuh kesabaran kerana ia pasti akan membawa kepada
kejayaan.

Jangan lupa suscribe channel You Tube saya untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.</>