Petua Masak Nasi Putih Jadi Berderai Dan Tidak Mudah Basi

8297
Petua Memasak Nasi Putih
Designed by Freepik

Sebut sahaja mengenai nasi putih ni , bermacam cerita boleh muncul. Dari jenis-jenis nasi seperti nasi lemak , nasi minyak , nasi kukus , nasi hujan panas , nasi arab dan banyak lagi. Tapi hari ni saya mahu kongsi petua masak nasi putih supaya tidak mudah berderai dan lambat basi.

Antara masalah yang sering terjadi ketika memasak nasi ni antaranya , nasi keras akibat tidak cukup air , permukaan bawah nasi menjadi hangit dan berkerak , nasi yang dimasak pada siang hari mudah cepat basi tidak tahan sehingga malam.

Jadi selain petua masak nasi putih , turut saya kongsikan adab dan doa yang boleh diamalkan ketika memasak nasi putih dari proses membasuh beras , menyukat air untuk dimasukkan dan selepas nasi masak.

Saya juga ada menulis mengenai Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak   yang boleh anda cuba ya.

Puan Marina Sulong berkongsi, antara adab dan doa yang boleh diamalkan adalah bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak , memastikan makanan yang dimasak mendapat berkat dan agar masakan kita boleh membahagiakan  hati orang-orang yang menikmati air tangan kita.

Tapi hari ni saya mahu kongsi petua masak nasi supaya tidak mudah berderai dan lambat basi.Antara masalah yang sering terjadi ketika memasak nasi ni antaranya , nasi keras akibat tidak cukup air , permukaan bawah nasi menjadi hangit dan berkerak

  • Menggunakan tangan kanan untuk membasuh beras.
  • Gaulkan arah lawan jam ( sama seperti arah tawaf )
  • Membaca “Laisa la ha min dunillahi kastyifah” …
    yang bermaksud : Tidak ada penyembuh selain dari Allah S.W.T
  • Blh juga dibaca “Ya Latif ” (3x)
  • Ulang basuh beras sebanyak 3 kali atau sehingga bersih.
  •  Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
  •  Niatkan dalam hati supaya dilembutkan hati diri sendiri/pasangan dan anak-anak.

Ketika proses memasak hidangan juga, amalkan amalan berzikir. Banyak kebaikkan kepada diri dan orang sekeliling yang kita sayang.

Puan Mastura pula berkongsi petua untuk dapatkan nasi putih yang cantik berderai serta lambat basi . Ini penting kepada mereka yang selalu masak nasi tapi jadi lembik dan sebagainya ea.

Cara ni boleh guna dari beras mahal hinggalah ke beras murah.Beras basmathi , beras siam cap serindit semua boleh. Bahan-bahan yang diperlukan untuk jadikan nasi putih berderai ni :

  • Beras apa-apa jenama
  • Minyak masak dengan nisbah 1 : 1 = 1 pot nisbah 1 sudu makan minyak
  • Garam dengan nisbah 1:1=1 pot nisbah 1 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan

Basuhkan beras seperti biasa dan ikut adab di diatas .Masukkan semua bahan dan kacau sedikit supaya sebati.

Tips sukat air: Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pulak dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi.

Cubalah dan semoga bermanfaat tau .Selamat mencuba resepi ini. Jangan lupa suscribe channel You Tube saya untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.
</>