Cara Mudah Hasilkan Popia Coklat Salut Nestum Yang Sangat Sedap

38981
sambil tengok tv , mulut laju ja menyuap popia coklat salut nestum ni . Memang sedap sungguh . Buat pon senang , Jom tengok cara buat popia coklat di sini ya.
sambil tengok tv , mulut laju ja menyuap popia coklat salut nestum ni . Memang sedap sungguh . Buat pon senang , Jom tengok cara buat popia coklat di sini ya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung kami di daridapur . Mesti ada yang suka makan popia coklat salut nestum kan ? Dengan rasa rangup oat dan dipenuhi limpahan coklat , memang buatkan tangan tak berhenti menyuap kan. 

Jadi kami berikan anda resepi cara hasilkan popia coklat salut nestum yang sangat mudah hasil daripada sumbangan resepi oleh Puan Norazian Jamal . 

Untuk bahan – bahan hasilkan popia coklat salut nestum ini , anda memerlukan seperti mana kami sediakan seperti berikut :
*Tiada kuantiti tetap , hasilkan ikut selera tekak anda
– Kulit popia apa-apa jenis
– Coklat jenama Berlys Milk Coklat
– Nestum
– Tepung gandum dan air untuk dijadikan gam pada kulit popia coklat salut nestum ini.
.BACA DI LINK BARU : Resepi Popia Sira Sambal Yang Rangup . Betul – Betul Menyelerakan
Jadi bahan kulit popia dan bahan popia salut nestum sudah anda sediakan , jadi apa lagi yang ditunggu , jom kita tengok cara – cara membuat popia coklat salut nestum ini dari langkah awal hingga terakhir.
.
Pertama , potong kulit popia mengikut ukuran yang anda mahu  Tiada ukuran tetap yang diperlukan . Jadi ubaha sahaja hasil popia coklat salut nestum anda mengikut selera dan kreativiti anda. Selepas itu , gulung bulat setiap lapisan kulit popia anda sehingga selesai. Jangan lupa sapukan gam gandum pada hujung kuit untuk lekatkan gulungan ya.
.
Tips gulung , lipat separuh kulit dan lepas tu baru gulung bulat dan letakkan gam di hujung , Senang kan.
.
Kedua , selepas siap gulung , ini langkah yang sangat penting dalam penghasilan popia coklat salut nestum ni , anda mesti jemur di tengah panas sekitar 3 hingga 4 jam. Kenapa perlu jemur ? Untuk elakkan kulit popia yang digoreng menjadi penyek dan lemau . So ingat tips penting tuk resepi popia coklat salut nestum ni ya.
.
Ketiga , goreng semua kulit popia yang telah digulung dan dijemur tadi. Selepas tu biarkan sejuk.Sementara tu , panaskan periuk yang diisi air , biarkan mendidih , dan letak mangkuk yang berisi coklat . Cairkan coklat tadi . Lebih kurang kaedah double boil tapi api dah ditutup ya. Yeay sikit lagi nak siap popia coklat salut nestum ni . 
.BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar
Keempat , selepas dah salut coklat tadi , cepat-cepat golekkan ke dalam nestum bagi dia kena habis . Ulang hingga siap semua . Selepas tu , jangan susun rapat-rapat lagi nnt dia melekat . Masukkan  ke dalam peti sejuk dlu sekitar 30 minit biarkan coklat keras. 
.
Yeay dah siap n dah boleh makan popia coklat salut nestum ni. Nyummm. Tahan sehingga 2 bulan taw. 
.
Selamat mencuba ya kek ini dengan cream cheese . Memang sedap.Lengkap kami berikan untuk anda step by step resepi carrot cake  untuk anda ya. Jangan lupa untuk mencubanya.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.