Resepi Puding Kastard Koktel Berkuah

2606
Puding Kastard Koktel Berkuah
Puding Kastard Koktel Berkuah

Bahan – bahan 
1/3 cawan susu sejat Ideal
200 gm tepung kastard
2 liter air
1/4 cawan gula

Bahan – bahan Untuk Kuah Puding Kastard Koktel Berkuah
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air – sukat guna tin susu sejat
1 cawan gula
2 biji kuning telur – pukul2 sikit
1 sudu kecil esen vanila
1 tin koktail

Cara Menyediakan Puding Kastard Koktel Berkuah

1. Campurkan semua bahan2 kecuali susu sejat ke dalam periuk.

2. Kacau atas api yang perlahan sehingga kelihatan berkilat dan likat.

3. Akhir sekali tuangkan susu sejat.

4. Kacau sebentar hingga rata.

5. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil mengikut citarasa
masing2.

6. Sejukkan kastard dalam peti ais.

7. Keluarkan dari acuannya bila hendak dimakan .

Cara Menyediakan Kuah Puding Kastard Koktel Berkuah

1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih sekejap.

2. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

3. Tuangkan kuah atas kastard tadi

4. Hiaskan dengan buah ceri atau mengikut citarasa masing2.