Puding Oreo Aiskrim

8949
Puding Oreo Aiskrim
Puding Oreo Aiskrim

Bahan – Bahan

25g agar-agar bertali ( dipotong kecil2)
1250ml air
1 tin susu cair
1 cwn gula
1 sudu teh esen vanila
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**

Cara Membuat Puding Oreo Aiskrim

Masak agar-agar bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut.

Kemudian masukkan gula dan kacau sebati.

Blendkan telur, susu cair ,aiskrim coklat/vanilla & esen vanila dan kemudian satukan dengan adunan agar-agar yang dimasak untuk menyediakan Puding Oreo Aiskrim .

Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar dan kacau sehingga sebati.Padam api bila semuanya sebati.

Sediakan loyang untuk masukkana cuan Puding Oreo Aiskrim

Tuangkan adunan & sejukkan dalam freezer.

Yeay siap dah Puding Oreo Aiskrim