Resepi Puding Susu Buah Naga Merah

725

Kalau sebut mengenai buah naga , mesti terus terlintas di fikiran buah yang cantik bewarna ungu kan . Untuk pengetahuan kita bersama , terdapat juga isi buah yang bewarna putih ya.

Untuk kali ini , kami hasilkan puding susu buah naga merah 3 layer yang digandingkan denganusu cair untuk membentuk rasa lemak manis dan digandingkan lagi dengan hasil buah di bahagian atas .

Rupa-rupanya , selepas dimasak , air jus buah naga merah menghasilkan warna yang lagi cantik berbanding yang asal dan puding susu cair bersama buah ini sesuai untuk dijadikan hiasan di atas meja pengantin ketika  makan beradab . Nak tambah lagi cantik , kami gunakan bekas yang berbentuk love. Memang betul-betul menarik perhatian mereka yang melihatnya

Resepi Puding Susu Buah Naga Merah
Untuk mendapatkan warna yang jernih , gunakanlah agar-agar yang dalam bentuk tali ataupun serbuk putih kerana kita tidak mahu warna lain selain daripada warna asal buah dan juga susu.

BACA DI LINK BARU : Resepi Puding Mangga Berkuah Kastard Enak 

Bahan-bahan untuk puding susu buah naga merah ini adalah :

  • 2 biji buah naga merah 
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula
  • 25 gram serbuk agar-agar tanpa pewarna
  • 750 ml air 

Resepi Puding Susu Buah Naga Merah
Untuk lebih detail , boleh tengok video puding susu buah naga yang sudah kami hasilkan khas untuk membantu anda di atas artikel ini. Jangan lupa suscribe kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.Langkah demi langkah untuk menghasilkan puding susu cantik ini adalah seperti di bawah.

  • Untuk lapisan atas , potong buah nipis-nipis seperti di dalam video dan selepas itu , tekapkan dengan acuan love , kalau tiada yang love , nak potong dadu , nak potong segitiga atau nak tekap dengan acuan biskut pun boleh.

  • Susun buah yang dah ditekap pada lapisan bawah. Masak 250 ml air bergantung kepada saiz puding buah naga yang hendak anda hasilkan ea. Lepas dah mendidih, masukkan 5 gram serbuk agar-agar dan kacau hingga sebati. Kalau nak masukkan gula pun boleh .Terpulang. Sejukkan lapisan atas puding susu buah naga  sekitar 10 minit.
  • Untuk lapisan kedua pula , masukkan 1/2 tin susu cair lebih kurang 200 ml dan juga 250 ml air . Didihkan dan masukkan 1/2 cawan gula. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan pula 10 g serbuk agar-agar jernih. Kacau hingga sebati.
  • Jangan terus tuang ya daripada periuk ya ke dalam acuan puding buah naga. Tapi buat seperti dalam video iaitu menggunakan senduk
    Resepi Puding Susu Buah Naga Merah
  • Untuk lapisan terakhir puding susu buah naga , blend sebiji buah naga , dan tapis untuk elakkan daripada biji. Masakkan di atas dapur bersama 250 ml air dan juga 1 cawan gula , bila dah mendidih , masukkan 10 gram serbuk agar-agar untuk lapisan ketiga atau bawah.
  • Masukkan ke dalam acuan bekas puding .Sejukkan serta masukkan ke dalam peti lebih kurang 2-3jam sebelum boleh dipotong cantik. 

Selamat mencuba tau .Memang best rasanya puding susu buah naga .Buah naga rasanya manis-manis masam digandingkan dengan lemak-lemak manis pada layer tengah.