Pulut Panggang Serunding Daging

2130
Popular sebagai kuih pagi , Pulut Panggang Serunding Daging memikat rasa dengan lemak pulut yang dikukus dengan inti serunding daging yang manis pedas.
Popular sebagai kuih pagi , Pulut Panggang Serunding Daging memikat rasa dengan lemak pulut yang dikukus dengan inti serunding daging yang manis pedas.

Bahan-Bahan Pulut Panggang Serunding Daging

500g beras pulut dan direndam 30 minit
250ml santan pekat atau santan kotak ( 1 )
400ml air mineral/air masak ( 2 )
1 sudu teh garam ( 3 )
1, 2, 3 campurkan sekali dan kacau sedikit
Daun pisang dan layurkan atas api
Serunding daging / ikan secukup nak makan untuk Pulut Panggang Serunding Daging

Cara – Cara Membuat Pulut Panggang Serunding Daging

  1. Toskan beras pulut yang direndam tadi,masukkan ke dalam bekas tahan panas(seperti loyang) dan campurkan air santan. Kacau sedikit sehingga sebati dan beras terendam
  2. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api sederhana ,buka penutup pengukus dan kacau pulut seketika menggunakan garfu. Tutup semula dan masak lagi selama 5 minit. (Jika pulut masih belum masak,sila tambah masa mengukus, Jika pulut kelihatan kering boleh tambahkan sesudu-2 sudu santan/susu cair)-sejukkan pulut yang sudah masak
  3. Ambil daun pisang, potong ikut saiz sesuai,lebih kurang separuh saiz kertas A4, sudukan pulut ke atasnya dan ratakan menggunakan sekeping daun pisang lagi..jangan terlalu ditekan,sekadar kemaskan sahaja.
  4. Letakkan  inti serunding di atas pulut secukupnya,pegang dengan kemas di hujung kedua bahagian pulut dan gulung dengan kemas. Lipat di hujung Pulut Panggang Serunding Daging dan semat dengan lidi/toothpick.
  5. Bakar di atas grill pan dengan api perlahan-sederhana sehingga daun sedikit keperangan atau sehingga daun pisang mengeluarkan aromanya. Sedia untuk dihidangkan. Senangkan buat Pulut Panggang Serunding Daging