Rempeyek Kacang Tanah Yang Pasti Rangup

156994
Resepi rempeyek kacang tanah ini rangup walaupun selepas dibiarkan lama dalam bekas semestinya memberikan satu kepuasan kepada pemakannya. Jom kita buat rempeyek kacang tanah
Resepi rempeyek kacang tanah ini rangup walaupun selepas dibiarkan lama dalam bekas semestinya memberikan satu kepuasan kepada pemakannya. Jom kita buat rempeyek kacang tanah

 Sesiapa yang suka rempeyek kacang tanah atau ikan bilis yang rangup selepas dibiarkan lama pastinya akan teruja dengan resepi ini . Jom kita buat rempeyek kacang tanah daripada resepi rempeyek kacang tanah.  Resepi rempeyek kacang tanah ini rangup walaupun selepas dibiarkan lama dalam bekas semestinya memberikan  satu kepuasan kepada pemakannya. 

Bahan yang digunakan pula adalah ringkas dan senang untuk anda dapat di pasaraya berdekatan. Jadi bahan – bahan untuk Rempeyek Kacang Tanah Yang Pasti Rangup ini ialah

Bahan-bahan untuk rempeyek:

  • 500 gram tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan garam
  • 2 sudu makan air kapur
  • 1 sudu makan kari daging
  • Air secukupnya

BACA : Resepi Rahsia Roti Naik Dengan Gebu

Bahan untuk dikisar 

  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • Segenggam ikan bilis
  • Setengah genggam udang kering
  • 2 ulas bawang putih
    Semua bahan ini dikisar halus .

Bahan hiasan 

  • Kacang tanah secukupnya .
  • Ikan bilis secukupnya
    Tidak perlu digoreng terlebih  dahulu semua bahan ini 

2

Ok semua bahan telah pun siap , jadi cara – cara untuk membuat Rempeyek Kacang Tanah Yang Pasti Rangup ini pula adalah seperti berikut :

#1: Masukkan tepung beras, bahan kisar, kari, garam, ajinamoto dlm mangkuk besar danmasukkan santan bersama  telur yang dipecahkan. Kacau adunan dengan senduk kayu sambil air dituang ke dalam adunan. Selepas itu , masukkan  air kapur .  Pastikan semua adunan sebati dan sedang elok acuan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Cara untuk memastikan adunan sedang elok adalah dengan menggunakan sudu makan dan celup ke dalam adunan. Pastikan titisan yang turun tidak cepat dan tidak juga perlahan. 

#2: Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan pastikan minyak betul – betul panas, barulah dicelupkan acuan rempeyek . Keluarkan semula acuan rempeyek dan  tuang satu sudu adunan rempeyek dan taburkan kacang tanah beserta ikan bilis. Rendam semula acuan rempeyek ke dalam minyak sehinggalah adunan keluar dan terus balikkan adunan supaya permukaan yang mengandungi kacang tanah menghadap ke bawah supanya ianya masak sepenuhnya.

 

Acuan rempeyek

#3: Goreng sehingga masak . Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk pastikan rempeyek kacang tanah iakan bilis anda sentiasa rangup.

Pastikan permukaan yang mengandungi kacang tanah menghadap ke bawah
Pastikan permukaan yang mengandungi kacang tanah menghadap ke bawah

Sukatan resepi ini boleh menghasilkan 200 pcs rempeyek kacang tanah ikan bilis yang pastinya menarik selera anda.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom