Kami mahu kongsikan resepi acar buah yang sangat sedap untuk anda makan dengan nasi beriani, nasi minyak. Acar buah senang dapat di waktu kenduri kan. Nama mengikut tempat. Jadi jangan pelik kalau ada acar buah johor, acar buah kedah, acar buah sarawak.
Penggunaan buah asam kering dalam resepi acar buah asli semestinya wajib. Boleh letak buah pilihan anda seperti asam limau kasturi kering, buah asam merah hijau, asam keirng, buah fig keirng, buah kundur kering, cranberi dan kismis. Banyak pilihan buah asam dan jeruk untuk dijadikan acar.
Tapi untuk dapatkan resepi acar buah yang tahan lama, anda perlu:
Basuh buah jeruk sehingga hilang gula yang melekit pada buah dan keringkan di bawah cahaya matahari lebih kurang 1-2 jam. .Untuk buah asam kering tiada masalah.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Serabai Best Cicah Dengan Kuah Durian.Aduh!
Jangan masukkan bawang merah sebiji-sebiji untuk elakkan ianya menjadi busuk dan lembik selepas beberapa lama. Akhir sekali untuk ianya bertahan lama, pastikan bahan kisar ditumis hingga pecah minyak 2-3 kali bagi menjamin mutu acar buah yang dihasilkan. Barulah sedap makan dengan jelatah, ayam merah dan nasi beriani kan.
Aduhhh…terliur pula sambil menaip ni.hee
Terima kasih kepada Puan Sabariah di atas sumbangan resepi ini. Semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga.
Bahan Resepi Acar Buah Johor :
- 500 gram buah jeruk dan asam kering campur. kalau guna jeruk perlu basuh dulu dan keringkan 1hari. Untuk buah yang besar dan panjang, boleh potong kecil2
- 2 1/2 cawan minyak masak
- 1 keping gula melaka di tumbuk kasar atau 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan cuka
- 200 gram cili kisar
- 6 biji bawang merah saiz 20 sen lama kecil di hiris halus)
- 3 ulas bawang putih dihiris halus
- 4 inchi halia dihiris halus
- 500 gram bawah merah besar dan kecil (kisar halus)
- 10 ulas bawang putih (kisar halus)
- 8 inchi halia (kisar halus)
- 1 sudu makan jintan manis (kisar halus)
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan bijan sangai
*kisar semua bahan yang ditulis. Cili kisar tak perlu kisar sekali sekali dengan bahan ini
Cara Buat Resepi Acar Buah Asli :
#1: Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga naik bau dan layu.Masukkan bahan kisar kecuali cili kering dan tumis lagi hingga warna bawang kekuningan.Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi hingga naik minyak **saya tumis bahan-bahan ini dgn api perlahan lebih kurang 30-40 minit untuk pastikan bahan cukup masak,naik minyak dan tahan lama.
#2: Masukkan gula melaka dan cuka. Masukkan garam. Biarkan ianya mereneh hingga naik minyak sekali lagi.Masukkan semua buah campur iaitu asam kering serta jeruk dan masak sampai naik minyak lagi dan menjadi pekat. Sy ambil masa dlm 1 jam untuk kacau bagi sebati sambal dan buah-buah ini. Barulah sedap dan tahan lama.
Rasa pedas manis masinnya. Ubah ikut selera dan barulah tutup api.Tabur bijan sangai tadi sebagai hiasan.Pastikan api dah ditutup untuk elakkan bijan menjadi lembik.
Tips peringatan acar buah : Buah jeruk perlu di basuh sampai hilang rasa melekit gula pada tangan. Jemur pada matahari panas atau kipaskan smpi kering. Ini untuk bagi acar buah kita tahan lama sampai setahun.
Memang best bila semua lengkap kan. Selamat mencuba resepi acar buah istimewa ini. Memang best.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom