Resepi Acar Rampai Rangup Best Makan Dengan Nasi Minyak

227611
Sedapnya resepi acar rampai rangup ni bila makan dengan nasi minyak, nasi beriani kan. Ada pula ayam masak merah, daging masak hitam.Memang lengkap.Best

Kami mahu kongsikan resepi acar rampai yang rangup untuk anda buat makan bersama nasi beriani ayam atau nasi minyak daging hitam pada majlis kenduri dan sebagainya. Memang sedap acar ini bila kena cara masak berserta cara penyediaan pula. Kalau nak lengkap, buat nasi minyak, ayam masak merah dan juga ada acar rampai yang terdiri daripada timun, lobak merah sebagai bahan utama dan juga bahan lain.

Tips penyediaan resepi acar rampai supaya best :

1- Untuk hasilkan acar yang rangup, anda perlu rendamkan timun dan juga lobak merah dengan air kapur selama 15 minit. Tak perlu banyak, cukup dengan 1/2 sudu makan kapur makan dan air sebekas besar. Dah sampai 15 minit, bilas dan toskan.

2- Kalau tak nak guna air kapur, boleh rendam dalam ais air.Ketuk ais dan masukkan timun dan lobak merah. Bila nak masak nanti baru tos dan keluarkan.

3- Untuk lebih sedap, gunakan bijan atau biji sawi yang siap disangai. Tabur masuk dalam acai. Bertambah sedap.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

Terima kasih kepada Puan Fauziah Yahya kerana sudi berkongsi resepi acar rampai yang sedap dan rangup ni. Lengkap untuk kita cuba sendiri di rumah kan.

Sedapnya resepi acar rampai rangup ni bila makan dengan nasi minyak, nasi beriani kan. Ada pula ayam masak merah, daging masak hitam.Memang lengkap.Best

Bahan Resepi Acar Rampai Air Tangan Ibu :

Bahan A :

  • 2 biji timun (dibuang biji dan dipotong panjang anggaran 2 inci)
  • 1 batang lobak merah (potong mcm timun tadi)
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong dihiris melintang
  • 2 biji cili besar merah dibuang biji dan dihiris halus
  • 7 ulas bwg putih dihiris

Timun dan lobak merah direndam bersama air kapur seperti caea di atas

Bahan B (Blend semua bahan di bawah) :

  • 3 biji bawang merah besar saiz bola pingpong
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan udang kering

Bahan C :

  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2-3 sudu makan gula pasir
  • 1-2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu makan biji sawi atau bijan yang siap disangai terlebih dahulu
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis

Cara Buat Resepi Acar Rampai Sedap :

#1: Sediakan semua bahan dan kisar halus Bahan B.Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau baru tambahkan cili kisar. Biarkan pecah minyak 2-3 kali sebelum anda kecilkan api dan masukkan rempah kari. Kacau rata dan biarkan ianya pecah minyak lagi.

Masukkan gula 2 sudu dulu, 1 sudu teh garam, cuka dan bawang merah,bawang putih serta lobak merah. Biarkan bawang layu dan baru tambah masuk bahan lain iaitu timun, cili merah.

Sedapnya resepi acar rampai rangup ni bila makan dengan nasi minyak, nasi beriani kan. Ada pula ayam masak merah, daging masak hitam.Memang lengkap.Best

Kacau sebati dan jika perlu tambah garam gula, sila lah tambah ikut selera. Tutup api dan taburkan bijan atau biji sawi.Kacau rata.

Siap dah resepi acar rampai yang sedap untuk jadikan hidangan sampingan nasi minyak dan nasi beriani. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom