Resepi Agar-Agar Gula Melaka Santan

15914
Bahan-bahan untuk resepi agar - agar gula melaka santan ini mudah dicari dan cara penyediaan yang senang. Paling sesuai sebagai hidangan waktu petang dan untuk majlis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga daridapur.com . Jom tengok resepi agar-agar gula melaka santan kali ni. Agar-agar memang best makan pada waktu petang. Rasa berlemak santan menambah lagi seri rasa. Untuk resepi agar-agar pandan sebelum ini , boleh tengok di bawah sekali ye.

Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat agar-agar gula merah ini senang. Sediakan 20gram agar-agar bertali. Bukan yang serbuk ye . Yang bertali biasa di dapati di kedai runcit . 3 cawan air masak  atau air mineral ,1 cawan santan sederhana pekat . 1 biji telur gred A , 3 keping gula melaka atau 100 gram kalau akak mahu timbang . Kalau akak mahu warna yang sedikit cerah, kurangkan kepada 2 keping atau 70 gram sahaja. 1 cawan gula ( boleh dikurangkan jika tidak mahu terlalu manis.

Cara penyediaan resepi agar-agar ini tidak rumit dan tidak memerlukan masa yang lama tetapi rasa lemak berkrim dari santan pasti membuat tekak bersedia untuk suapan kali kedua. Pertama sekali , akak panaskan sekejap periuk dan menggunakan api sederhana kecil , masukkan air yang telah disukat dan agar-agar bertali tadi . Pastikan api sederhana kecil untuk elakkan dari hangit .

Bila semuanya hancur dan sebati di mana akak kacau,tiada terlekat agar-agar pada spatula kayu, itu tanda semua sudah hancur . Selepas itu, masukkan gula melaka dan gula mengikut kuantiti yang akak mahukan. Api yang sederhana kecil itu di kecilkan sedikit lagi . Bila semuanya hancur dan sebati , biarkan mendidih dan tutup api seketika.

Masukkan santan ke dalam bekas dan pecahkan sebiji telur . Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi semua bahan-bahan sebelum ini. Buka api kecil dan sentiasa kacau dengan menggunakan spatula kayu sehingga masak dan semuanya sebati.

Tutup api apabila semuanya telah sebati bercampur rasa dan akak biarkan seketika untuk sejukkan sedikit . Tuangkan campuran agar-agar gula melaka santan ini ke dalam bekas acuan atau loyang empat segi dan masukkan ke dalam peti untuk disejukkan sekitar  7-8 jam.

Siap untuk dihidangkan. Mudah kan membuat agar-agar gula melaka santan. Kalau akak suka agar-agar pandan santan yang bewarna hijau , boleh KLIK di sini : Resepi Agar-Agar Pandan Bersantan Lemak Berkrim .

Selamat mencuba resepi agar-agar gula melaka santan yang menarik dan rasa yang lemak berkrim ini. Memang lengkap resepi yang kami sediakan untuk akak sebagai hidangan pada waktu minum teh .

Kami yakin resepi agar-agar pandan bersantan yang disertakan  ini , akak pasti mendapatkan hasil yang sempurna dengan izinNYA jua.

Sila berkongsi dengan kawan-kawan jika akak rasa ini resepi terbaik dan lengkap .
Untuk lihat lagi koleksi resepi kami akak boleh klik tag di bawah. Terima kasih.

Jangan lupa klik share dan berkongsi pada kawan-kawan di facebook ye.

Cari kami di Facebook : Resepi Kek & Puding 

Resepi kek & puding