
Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung dari dapur dot com. Apa kata hari ini kita cuba Resepi Agar-agar Kering Sesuai Untuk Hantaran .
Musim cuti persekolahan semakin dekat, mesti ramai di kalangan terdekat kita yang mendidirikan rumah tangga . Resepi agar – agar kering ni sangat cantik jika dijadikan sebagai hantara atau hiasan dalam gubahan. Rasanya pun sedap . Jom kita lihat bahan dan cara penyediaan.
Bahan – Bahan Resepi Agar-agar Kering Sesuai Untuk Hantaran
Kami menggunakan sukatan yang tepat, dinasihatkan anda ikut sukatan ini juga untuk hasil yang terbaik . Bahan – bahan adalah 38 gram agar – agar kering , 400 gram gula batu yang boleh dibeli di pasaraya berdekatan , 600 gram gula pasir dan 7 cawan air . Cawan gunakan yang cawan biasa ya. Akhir sekali , pewarna / acuan / perasa mengikut jenis yang anda mahu ea.
Cara Penyediaan Resepi Agar-agar Kering
Pertama , rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula batu hancur Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
Kedua , masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.Setelah sejuk bolehlah dipotong.
Tips – Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering.
Ketiga , Jemur agar-agar. Langkah terakhir ini memerlukan sedikit kesabaran . Setiap hari selama 3-4 hari, jemur agar- agar diatas dulang dan balik – balikkan setiap hari supaya kering dengan sekata. Sangat sedap tau.
Memang senang kan cara buat agar – agar kering , lepas ni boleh la buat guna pelbagai jenis acuan dan dijadikan gubahan dalam hantaran. Selamat mencuba .
Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :
Resepi Puding Roti Bakar
Resepi Puding Mangga Kastard
Resepi Puding Oreo Milo
Resepi Karamel Oren
Resepi Agar-Agar Pandan
serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel