Resepi Agar-Agar Santan Pandan Mudah Dan Sedap Dengan Tips

100376
Resepi agar-agar santan pandan ni memang sedap betul buat pada waktu panas sekarang.Sejukkan dalam peti lepas tu makan pada waktu tengahari.Sejuk tekak

Memandangkan cuaca yang tengah panas sekarang,memang sedap elok la resepi agar-agar santan pandan kami berikan kepada anda untuk mencubanya. Bila dah buat, simpan dalam peti bagi sejuk, makan pada waktu panas.Aduh sangat melegakan tekak kan.

Untuk dapatkan hasil yang menarik, kami beri beberapa tips untuk anda cuba dalam resepi ini.

1: Pastikan air mendidih dan jangan campurkan apa-apa bahan selain daripada agar-agar bertali itu dulu. Kacau dan masakkan hingga semua agar-agar bertali hancur sebati bersama air barulah masukkan bahan lain seperti gula dan santan.

2: Untuk dapatkan hasil agar-agar santan yang menarik dan sekata, pastikan anda tapis dulu sukatan pada peringkat akhir sekali sebelum sejuk bekukan.

3: Untuk resepi ini ianya menggunakan perasa pandan.Jika anda mahukan gunakan kisaran pandan, kisar 6-7 helai daun pandan dan selepas itu ambil 1 cawan air pandan. 1 cawan air pandan itu ditolak daripada jumlah air yang digunakan dalam sukatan resepi.Kalau 3 1/2 cawan air kosong, jadi hanya guna 2 1/2 cawan air kosong dan 1 cawan lagi air kisaran jus pandan. Faham kan.

Resepi agar-agar santan pandan ni memang sedap betul buat pada waktu panas sekarang.Sejukkan dalam peti lepas tu makan pada waktu tengahari.Sejuk tekak

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Tart Nenas Rangup Dengan Rasa Kelapa Dan Tanpa Telur

Untuk agar-agar jenis ini, seeloknya gunakan agar-agar jenis bertali dan bukannya serbuk agar-agar.

Terima kasih kepada Tuan Hasrul Danish di atas sumbangan resepi agar-agar santan kali ini. Bolehlah kami semua mencubanya. Semoga tuan sekeluarga murah rezeki.

Bahan Resepi Agar-Agar Santan :

  • 10 gram agar-agar bertali
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair ( 1/3 santan pekat dan 2/3 air )
  • 1 biji telur ayam
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2-3 helai daun pandan
  • beberapa titik pewarna hijau
  • beberapa titik perasa pandan (pandan essence)

Cara Penyediaan Resepi Agar-Agar Pandan :

#1: Basuh bersih agar-agar bertali dan ketepikan.Didihkan air kosong sahaja dan bila mendidih, masukkan agar-agar dan kacau sebati hingga larut. Barulah tambahkan gula,daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, santan pekat .Masak hingga bahan sebati.

Sementara tu, kacau telur dengan santan cair hingga sebati. Barulah tuangkan dalam periuk tadi dan kacau hingga mendidih untuk beberapa minit. Tutup api,keluarkan daun pandan dan tapiskan dalam bekas. Sejukkan di luar dan bila dah tak panas, barulah masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan lagi untuk 2-3 jam.

Resepi agar-agar santan pandan ni memang sedap betul buat pada waktu panas sekarang.Sejukkan dalam peti lepas tu makan pada waktu tengahari.Sejuk tekak

Bila dah siap baru lah boleh dikeluarkan dan potong ikut bentuk yang anda mahu. Memang senang je resepi agar-agar santan. Sedap betul makan waktu panas.