Resepi Air Asam Cabai Picit Best Makan Dengan Terung Bakar Arang

2144
Memang menggiurkan resepi air asam cabai picit yang popular dari Kedah ni. Merata tempat dia pergi lepas tu disesuaikan dengan citarasa tempat itu

Memang menggiurkan resepi air asam cabai picit yang popular dari Kedah ni. Merata tempat dia pergi lepas tu disesuaikan dengan citarasa tempat itu. Sama ada nak kekalkan resepi atau ada olahan baru, terpulang asalkan sedap di tekak anda.

Resepi air asam cabai picit ni sedap kalau digandingkan dengan terung bakar, ikan bakar dan juga ulam-ulaman kampung. Rugi kalau diet. Sebab badan tak keruan ingin menambah lagi.

Terima kasih kepada Ben Safwan kerana sudi berkongsi resepi air asam cabai picit yang sedap ini.

Memang menggiurkan resepi air asam cabai picit yang popular dari Kedah ni. Merata tempat dia pergi lepas tu disesuaikan dengan citarasa tempat itu

BACA DI LINK BARU :Resipi Brownies Kedut Best Sukatan Untuk Jualan. Rezeki

Resepi Air Asam Cabai Picit :

  • 7-10 cabai burung – boleh tambah kalau suka pedas
  • 4-5 biji asam limau kasturi
  • 3 sudu makan membukit asam jawa yang dibuang biji
  • 1/2 sudu makan gula kabung thai
  • 1 sudu makan belacan – tambah kalau suka
  • air sejuk
  • 1/2 sudu makan – mengikut selera
  • 1  biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 biji tomato saiz bola pingpong

Cara Buat Resepi Air Asam Cabai Picit :

#1: Masukkan lada yang ditumbuk/picit ke dalam mangkuk. Tambahkan perahan asam limau kasturi yang dibuang biji, air asam jawa dibuang biji dan semua bahan di atas. Tambah air lebih kurang sama paras dengan hirisan bawang terlebih dahulu dan kacau semua bahan hingga rata

Kalau masih pekat, baru tambahkan air sedikit demi sedikit dan sesuaikan rasa.Dah siap, ketepikan dulu air asam dan boleh bakar terung.

Nak sedap bakar terung dengan arang dan boleh bakar ikan sekali. Ikan tu masukkan secubit garam dan kunyit sebelum dibakar.

Memang menggiurkan resepi air asam cabai picit yang popular dari Kedah ni. Merata tempat dia pergi lepas tu disesuaikan dengan citarasa tempat itu

Sedia dinikmati. Berbaloi dan sedap. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom