Resepi Air Katira Asli Johor Yang Best Sangat.Wajib Buat

28892
Kami berikan resepi air katira asli Johor yang sangat sedap. Yang betul-betul originalTahukah apa itu katira ? Ianya juga dikenali juga sebagai getah anggur,

Kami berikan resepi air katira asli Johor yang sangat sedap. Yang betul-betul original dibuat daripada katira. Tahukah apa itu katira ? Ianya juga dikenali juga sebagai getah anggur,gond katira. Mungkin anda pernah makan dalam laici kang. Ya benda itulah.

Air katira sememangnya sinonim di Johor. Paling popular ialah Air Katira Abu Bakar. Tapi ianya telah diubah resepi menggunakan susu cair dan juga air bikarbonat iaitu soda. Tetap sedap.

Tapi kalau anda beli air katira yang hanya bewarna hijau pekat dengan biji selasih, anda telah tertipu sebenarnya.Ianya hanyalah resepi tangkap muat yang telah guna pewarna dan tak sedap. Resepi air katira asli tidak menggunakan pewarna pekat, mengandungi banyak bahan istimewa seperti getah anggur, badam,kurma,kembang semangkuk dan juga biji selasih.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kaswi Pandan Best Lemak Manis Bersalut Kelapa

Minuman ni berasal dari timur tengah dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.

Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.

Di mana nak cari bahan air katira ini ?

Paling senang ialah online. Cari sahaja di Shopee dan juga Lazada. Tapi disebabkan sekarang musim PKP, penghantaran lambat. Jadi anda boleh cuba cari di Pasaraya Mydin atau di kedai jual herba cina.

Terima kasih kepada Tuan Doktor Kamarul Afiffin Nor Sadan di atas sumbangan perkongsian resepi air katira yang sedap ini. Boleh kami semua mencubanya.

Bahan Resepi Air Katira Asli :

  • 1 sudu makan katira
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 3 biji kurma
  • 3 biji kembang semangkuk
  • 4 biji badam
  • 4 helai daun pandan
  • 4 sudu besar gula
  • 1 liter susu segar
    *untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml

Cara Buat Resepi Air Katira Johor :

#1: Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.

Kami berikan resepi air katira asli Johor yang sangat sedap. Yang betul-betul originalTahukah apa itu katira ? Ianya juga dikenali juga sebagai getah anggur,

Biarkan  bahan mengembang sekitar 4-6 jam.

#2: Selepas 5 jam,seeloknya rendam tengahari di bulan puasa. Boleh sediakan untuk berbuka.

Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu dicarik halus, sekadar untuk hiasan.4 helai daun pandan tadi di rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

Selepas  bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.

#3:  Bahan rendam tadi, perlu ditos tau.

Masukkan dalam bekas besar, semua bahan iaitu hirisan badam,air pandan dan gula, bahan rendaman,dan juga susu segar.Kalau tak nak guna susu segar ?

Kami berikan resepi air katira asli Johor yang sangat sedap. Yang betul-betul originalTahukah apa itu katira ? Ianya juga dikenali juga sebagai getah anggur,

Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat

Jangan lupa letakkan ais, Dah siap dah resepi air katira asli daripada Johor ini. Memang sedap penuh dengan bahan berkualiti dan beraroma.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Kami berikan resepi air katira asli Johor yang sangat sedap. Yang betul-betul originalTahukah apa itu katira ? Ianya juga dikenali juga sebagai getah anggur,