Hari ini kami kongsikan resepi apam beras yang gebu dan sangat mudah dibuat di rumah. Sempena cuti ni, boleh lah anda buat kuih ini. Lagipun ianya gunakan bahan yang ringkas sahaja.Sukatan cawan pula.
Tak kisahlah anda guna cawan yang mana tapi kalau nak lebih sesuai, gunakan sahaja cawan penyukat 250ml standard. Baru seragam semua bahan.
Resepi apam beras ini memang sesuai dijadikan juadah untuk sarapan pagi dan minum petang.
Tips untuk hasilkan resepi apam beras yang hasilnya best :
1 – Pastikan yis mauripan anda hidup dan aktif. Caranya adalah dengan rendam di dalam air suam. Tunggu 3-4 minit. Kalau berbuih, ianya tanda yis hidup dan elok. Tapi kalau tiada apa-apa berlaku, anda kena cari yis yang baru.
BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Swiss Tart Strawberi Best Guna Acuan Mudah
2 – Pastikan anda sapu acuan apam beras dengan sedikit minyak untuk mudah dikeluarkan dan dapat bentuk yang menarik cantik.
3 – Anda kena perap di tempat yang sedikit gelap untuk pastikan adunan naik dan yis bertindak balas dengan elok. Bila adunan naik, hasilnya apam beras akan sangat gebu.
Terima kasih kepada Puan Arasy Shida di atas sumbangan resepi apam beras ini kepada kita semua. Nanti bolehla mencuba sebab semua dah lengkap kan.
Bahan Resepi Apam Beras Sedap :
Bahan A
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras
- 1 paket yis mauripan ( 11 gram )
Satukan semua bahan A ini ke dalam bekas dan ketepikan seketika. Yis mauripan boleh disediakan mengikut tips di atas.Guna sedikit air suam.
Bahan B :
- 1 1/2 cawan gula
- 2 1/2 cawan air
- 2 cawan nasi
Cara Buat Resepi Apam Beras Mudah :
#1: Kisar halus Bahan B dan barulah dicampur dengan Bahan A tadi. Pastikan adunan dikacau rata dan selepas itu dibahagikan kepada beberapa bahagian ikut pilihan anda
Masukkan pewarna atau perasa pilihan dan perap dalam bekas rapat tertutup selama 2 jam. Pastikan bekas besar ya supayan adunan apam beras boleh naik dengan selesa.
#2: Bila dah sampai 2 jam, boleh panaskan air dalam pengukus dan sapu minyak pada acuan lompang. Masukkan adunan hingga penuh atau 3/4 dan kukus dengan api sederhana selama 12-15 minit.
Dah siap dah bolehlah makan dengan kelapa parut muda yang dicampur sedikit garam . Sedap sangat. Nanti jangan lupa mencuba ya.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom