Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan Sedap Dan Mudah

128351
resepi apam gula hangus sukatan cawan

Tengah-tengah tengok Facebook, ternampak pula seorang sahabat kongsikan gambar resepi apam gula hangus air tangannya. Aduh terliur pula. Apam yang bulat dan gebu lagi. Kalau dapat makan panas-panas memang terangkat. Gandingan pula dengan Kopi ‘O’ panas memang lagi mengasyikkan.

Dalam hati ni teringinnya nak buat sendiri. Tapi bila tengok resepi, alamak! Semua sukatan guna per gram. Memang leceh. Saya pula tak ada alat penimbang dapur. Maka terbantutlah keinginan nak buat untuk jamu anak-anak dan suami.

Maka, misi masih diteruskan. Pencarian bermula. Tiba-tiba, tadaa! Ada pun resepiapam gula hangus sukatan cawan yang saya nanti-nantikan. Apa lagi ayuh kita mulakan. Terima kasih Puan Zaimah Zakaria .Anda boleh follow beliau sebab banyak resepi best ya.Lepas ni senang la nak buat apam, kukus je terus siap.

Saya juga ada menulis resepi Resepi Apam Nasi Kukus Gebu Paling Mudah Dibuat di sini untuk anda cuba.

Bahan-bahan resepi apam gula hangus :

Bahan A

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas

Bahan B

  • 3 biji telur gred A
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara penyediaan resepi apam gula hangus :

resepi apam gula hangus sukatan cawan

#1. Panaskan periuk kecil dengan api sederhana.Masukkan gula dan masak hingga hangus (hangus bukan hangit)

#2. Kemudian masukkan air dan kacau hingga gula cair dan larut.Guna api besar dan bila semua larut baru tutup api. (ketepikan hingga sejuk)

#3. Sediakan pengisar yang kering dan bersih. Pecahkan telur ke dalam pengisar.Seterusnya masukkan minyak masak, marjerin, susu pekat, soda bikarbonat dan tepung gandum.

#4. Tambahkan air gula hangus yang telah sejuk tadi ke dalam pengisar.Kisarkan hingga semuanya sebati dan tidak berketul.

#5. Masukkan adunan ke dalam bekas dan perap selama 2 jam.Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.

#6. Sementara itu, sapu minyak masak pada acuan dan tuangkan adunan ke dalam acuan hingga ¾ acuan.Apabila air sudah mendidih, masukkan acuan dan kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana. Siap untuk dihidangkan dan apam gula hangus kukus .


Kalau anda nak jadikan sebagai sumber pendapatan pun boleh sangat. Modal yang murah. Resepi yang mudah. Cara buat yang cepat. Memang berbaloi.  Selamat mencuba ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO RESEPI APAM GULA HANGUS :