Resepi Apam Kampung Cantik Punya.Rasa Pun Best Tau

20306
waaa, kalau resepi apam kampung dah jadi cantik macam aiskrim cornetto ni, memang sedap la untuk dicuba kan. Ada lak coklat di permukaan apam.Bestnya kan

Hari ini kami siarkan resepi apam kampung cornetto yang cantik habis. Tengok pun berkenan kan. Bukan sahaja cantik , tapi rasa pun sedap. Lembut elok. Takde guna baking soda atau baking powder ya untuk naikkan apam kampung ni jadi gebu. Tapi guna air soda.

Memang elok la, rasa bergas, agen penaik apam untuk jadi gebu. Jimat kan. Untuk sukatan, kita akan guna cawan penyukat metrik standard 250ml.

Pertama sekali kena sediakan kelongsong resepi apam kampung ni. Guna kertas minyak. Kalau kreatif, boleh guna daun pisang.Tapi kena siap layur lah. Untuk kertas minyak, boleh rujuk gambar di bawah ini untuk step by step. Lepas dah siap, cucuk masuk pada bulatan pengukus. Tapi jangan cucuk pada semua lubang. Nanti wap panas tak mengalir. Selang seli.

waaa, kalau resepi apam kampung dah jadi cantik macam aiskrim cornetto ni, memang sedap la untuk dicuba kan. Ada lak coklat di permukaan apam.Bestnya kan

BACA DI LINK BARU : Resepi Peria Goreng Rangup Best Dengan 3 Tepung Sahaja. Mudahkan.

Sewaktu mengukus resepi apam kampung sedap ni, pastikan ianya berada pada tingkat ke 3. Untuk lebih senang faham,

Tingkat 1 : Air dalam pengukus
Tingkat 2 : Bekas pengukus
Tingkat 3 : Apam cornetto dalam pengukus

Jelas kan cara mengukus dia.Terima kasih kepada Puan Rda atas sumbangan resepi apam kampung yang sedap ni dan bewarna warni ni.

Bahan Resepi Apam Kampung Cornetto :

  • 1 3/4 cawan gula kastor
  • 4 biji telur ayam gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh ovalette
  • 3 cawan tepung gandum
  • 120ml air aiskrim soda
  • Sedikit pewarna/perasa pilihan
  • Coklat masakan dark compound
  • Kepingan almond yang siap dibakar

Untuk mudahkan anda, sukatan guna cawan metrik standard 250ml ta.

Cara Buat Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan : 

#1: Masukkan dalam pengisar tangan gula,telur,esen vanilla dan ovalette. Putar hingga menjadi gebu dan bertukar warna ke kuning pucat. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau. Tambah lagi air aiskrim soda dan kacau dengan spatula sahaja.

waaa, kalau resepi apam kampung dah jadi cantik macam aiskrim cornetto ni, memang sedap la untuk dicuba kan. Ada lak coklat di permukaan apam.Bestnya kan

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian atau beberapa bahagian pilihan.Masukkan pewarna atau perasa kesukaan seperti pandan, oren dan sebagainya.

#2: Susun siap kelongsong tadi dan cucuk ke pengukus ya. Masukkan pula setiap adunan apam kampung yang siap diwarnakan ke setiap plastik. Gunting hujung nya.

Picit masuk ke dalam kelongsong secara berselang seli mengikut warna. Tak perlu kukus setiap lapisan.Kita akan kukus sekaligus terus.

#3: Dah siap isi, kukus apam dengan api sederhana selama 15-20 minit. Sambil mengukus tu, double boil coklat atau cairkan coklat dalam microvawe.

Dah siap kukus apam, biarkan sejuk seketika sebelum tambahkan coklat dan tabur almond bakar tadi. Tunggu ianya membeku.Boleh masukkan dalam peti 15 minit untuk keraskan coklat.

waaa, kalau resepi apam kampung dah jadi cantik macam aiskrim cornetto ni, memang sedap la untuk dicuba kan. Ada lak coklat di permukaan apam.Bestnya kan

Dah keras barulah boleh buka kelongsong kertas.Buka dengan berhati-hati untuk elakkan bucu di bawah apam patah.

Selamat mencuba resepi apam kampung ni.Mudah je kalau ikut step by step yang telah disediakan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom