Resepi Apam Nasi Kukus Gebu Paling Mudah Dibuat

341808
Resepi Apam Nasi Kukus Gebu Paling Mudah Dibuat

Pernah tak anda hadapi masalah ini , nasi yang di masak pagi tadi tidak habis apabila menjelang malam. Kalau di kg , boleh la bagi pada haiwan ternakan kan. Tapi ni duk di bandar.Jangan risau boleh buat resepi apam nasi kukus

Nasi yang tak habis dalam 2-3 cawan tu anda boleh transform jadi resepi apam nasi.Hah ? Betul ke. Ya betul. Memang sedap rasanya tau apam ni. Lembut dan gebu bila dicicah dengan  kelapa parut dicampur garam sikit.

Yang paling menyenangkan hati , nak buat resepi apam nasi ni punya lah mudah .Tak perlu banyak bahan dan yang paling penting, guna nasi itu sendiri. Nak bagi menarik , gunakan acuan apam yang pelbagai bentuk dan masukkan pewarna makanan ke dalam bancuhan adunan apam nasi yang dah anda buat tu.

Sempena bulan ni masih lagi dalam bulan Syawal , jadi boleh lah jamu apam ni kepada sanak saudara, rakan sepejabat atau ahli keluarga yang datang menziarah kan.Nak buat resepi kuih apam ni pula just guna blender. Memang Cik Ain rasa kuih ni akan jadi fav la kan. Jom tengok bahan-bahan apam nasi ni.
.
2 cawan nasi
3 cawan air
1 cawan gula
1 paket yis mauripan yang dalam 11 gram
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
BACA : Resepi Apam Polkadot Mudah
Ni Cik Ain nak berikan tips supaya apam nasi jadi gebu ,naik elok apabila masak. Semua orang boleh buat resepi yang diberi tapi yang membezakan hasil kuih kita adalah langkah dalam membuatnya kan. So tips pertama, tepung yang hendak digunakan tu ayak dulu supaya adunan kita tak berketul nanti. Sebab kebiasaan kan kita guna tepung yang disimpan di dalam bekas.
.
Keduanya, sapu acuan bintang ke , acuan lompang ke loyang ke untuk kukus tu dengan sedikit minyak masak . Ini untuk mudahkan nak keluarkan apam nasi yang telah dikukus tu nanti.
Tips terakhir, untuk mengukus apa-apa jenis kuih , atau kek kukus, pastikan air dalam pengukus dah didihkan terlebih dahulu sebelum masukkan adunan. Baru kukus dengan api yang kecil ya.
.
Cara membuat apam nasi kukus ni senang sangat. Mula-mula blend sampai halus nasi yang tak habis tu , air dengan gula.Masukkan yis dan tepung yang dah diayak.Kemudian nak warnakan dengan warna hijau ke, purple ke , pink ke ikut suka lah ea. Cik Ain nak tengok yang warna warni je.Baru buka selera kan. Nak buat apam nasi polka dot pon boleh.ikut citarasa sendiri ya.
Resepi Apam Nasi Kukus Gebu Paling Mudah Dibuat
Perap selama 60 minit untuk bagi yis membiak supaya apam nasi anda tadi bila makan atau cicah dengan kopi rasanya lembut amat gitu.Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus dengan api kecil selama 15-20 minit bergantung pada saiz acuan.
.
Dah siap ni terus la angkat , cicah dengan kelapa parut muda yang diletak garam sikit. Umpppph. Kena lak makan waktu hujan. Menggamit kenangan sungguh kan.
.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom