Hari ini kami kongsikan resepi apam pandan coklat yang cukup gebu. Makan camtu pun dah sedap apatah lagi dicicah dengan air ketika bersarapan di waktu pagi. Jadi boleh lah anda masukkan menu resepi kuih apam ini ke dalam senarai menunggu kan.
Resepi apam pandan coklat ini hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas tapi hasilnya sangat gebu. Pernah fikir tak kenapa apam kukus ni gebu ?
Salah satu faktornya adalah penggunaan telur yang banyak.Dalam satu adunan, bilangan telur adalah 4 biji.Apabila kesemua telur ini dipukul,ianya membentuk buih yang mengandungi ruang udara. Ketika dikukus, ruang udara ini kekal dan membantu apam tidak menjadi padat.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Cememek Kuih Orang Lama .Best Pun Best
Kalau banyak telur mesti lembik adunan kan ? Di sinilah peranan ovalette. Ovalette membantu mengekalkan tekstur ruang udara di dalam buih telur supaya sentiasa stabil selain menjadikan apam susu kukus itu gebu. Ok dah faham kan ?
Terima kasih kepada pemilik Fb bernama Doa Penenang Hati kerana sudi berkongsi resepi apam pandan coklat kepada kami semua, Boleh la buat sambil makan apam pandan dengan kelapa parut. Sedap betul. hee
Bahan Resepi Apam Pandan Coklat Gebu :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 250 ml santan kotak Kara
- 1 sudu makan ovalette
- 4 biji telur
- 1 sudu teh perasa pandan
- 2-3 titik pewarna hijau
- 1 sudu makan serbuk koko
Cara Buat Resepi Apam Pandan Coklat Best :
#1: Blend telur,gula,ovelette sehingga kembang
Kemudian masukkan ke dlm bekas pengisar tepung gandum yang dah diayak bersama baking powder dan santan secara berselang seli. Kisar hingga gebu.
Asingkan adunan ke dalam 2 bekas. 1 adunan tambah perasa pandan dan pewarna hijau dan satu lagi bekas dengan serbuk koko.
Anda boleh guna acuan kuih lompang dan sapu sedikit minyak untuk mudahkan kuih apam pandan dikeluarkan nanti.
#2: Masukkan 1 sudu adunan hijau dan 1 sudu adunan serbuk koko ke dalam acuan ikut gaya anda sendiri. Sambil itu, panaskan periuk kukus sehingga air mendidih.
Kukus apam pandan selama 10 minit dengan api sederhana besar.Pastikan penutup kukus di balut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Nanti tak cantik jadinya apam.
Kalau nak makan dengan parutan kelapa, parut kelapa ambil lapisan putih sahaja dan pilih yang sederhana tua. Baru sedap. Letak sedikit garam dan kukuskan 5 minit untuk tahan lama kelapa parut. Sedap dicicah bersama.
Selamat mencuba ya resepi apam pandan coklat yanng sedap ini.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom