Resepi Apam Santan Gebu Yang Mudah Tapi Sangat Sedap

4914
Kalau buntu nak buat apa untuk sarapan , apa kata cuba buat resepi apam santan gebu yang sedap ni. Lepas ni memang sentiasa buat la sebab senang apam santan

Tengok dari segi rupa pun dah tahu sedap kan apam santan ni. Berbeza dengan rasa apam kukus biasa , apam yang menggunakan santan rasanya lebih lembab dan lebih berkrim. Dalam kata lain , memang sedap la dan anda harus cuba.

Terima kasih atas Puan Mas Cotek yang telah memberi keizinan kepada pihak kami untuk menyiarkan semula hasil air tangan beliau untuk mereka termasuk kami di sini untuk mencubanya.

Selain daripada apam santan, antara apam yang popular adalah apam kukus gula melaka , apam bakar ,apam nasi dan sebagainya.Tapi takpa, semua tu banyak dh ada di laman web kami yang boleh anda cari.

Kalau buntu  nak buat apa untuk sarapan , apa kata cuba buat resepi apam santan gebu yang sedap ni. Lepas ni memang sentiasa buat la sebab senang apam santan

Jom cuba buat apam gula melaka di sini. Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan Sedap Dan Mudah.

Bahan-bahan untuk apam santan ni sangat ringkas tapi jangan pandang rendah pada kelazatannya ea. Jom tengok.

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan kepekatan sederhana
  • 1 cawan gula
  • 1 paket yis yang 11 gram tu
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna yang anda suka .Terpulang .

Tips : Untuk mengetahui yis elok atau hidup , sediakan air suam dan masukkan yis.Tunggu 10 minit dan jika berbuih, itu tandanya yis anda dalam keadaan elok dan boleh digunakan.Jika tidak tukar yang lain.

Cara-cara membuat apam santan kukus yang sedap ini :

#1: Dalam satu bekas , satukan semua bahan-bahan di atas .Senang kan. Cuma yis tadi guna air suam sebab kita nak tahu elok ke tak. Sebatikan semua bahan dan perap selama 1 jam.

Kalau buntu  nak buat apa untuk sarapan , apa kata cuba buat resepi apam santan gebu yang sedap ni. Lepas ni memang sentiasa buat la sebab senang apam santan

#2: Tujuan kita perap adalah supaya apam mengembang yang mewujudkan rongga udara .Barulah apam yang dikukus menjadi gebu.

#3: Oleskan minyak masak atau minyak jagung pada acuan yang anda guna.Tujuannya untuk elakkan daripada melekat.

#4: Panaskan pengukus hingga air mendidih.Barulah masukkan acuan yang dah diisi 3/4 adunan apam.Kukus dengan api kecil selama 10-15 minit bergantung kepada saiz acuan.

Siap dan boleh la dimakan apam kukus santan ini dengan parutan kelapa muda yang dah diperasakan dengan sedikit garam dan gula. Sedapnya kan. Selamat mencuba.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

VIDEO PILIHAN : KEK PANDAN KUKUS GEBU