Resepi Apam Suri Best Inti Kastard Durian. Sangat Sedap

20237
Resepi apam suri berintikan kastard durian ini sangat menambat selera. Lain daripada apam suri biasa yang berintikan kaya atau pandan. Sedap

Resepi apam suri berintikan kastard durian ini sangat menambat selera. Lain daripada apam suri biasa yang berintikan kaya atau pandan. Inti semua boleh dibuat mengikut pilihan selera anda.

Satu tips penting dalam penyediaan kuih tradisional ialah gunakan kuali non stick yang tidak melekat. Tujuannya untuk dapatkan kulit apam suri yang cantik selain daripada mudah dibuat.

Bahan paling penting sekali dalam resepi apam suri ini semestinya Eno yang plastiknya berwarna biru. Gunakan dari paket paling kecil iaitu 4.3 gram sahaja.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Ketayap Inti Kelapa Yang Menggamit Kenangan

Terima kasih kepada Puan Mas Cotek kerana sudi berkongsi resepi apam suri ini kepada kita semua. Boleh cuba dalam PKP ini.

Resepi apam suri berintikan kastard durian ini sangat menambat selera. Lain daripada apam suri biasa yang berintikan kaya atau pandan. Sedap

Bahan Resepi Apam Suri Mudah : 

Bahan Kulit Apam Suri :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 paket eno (biru)
  • Pewarna yg di sukai 2-3 titik

Masukkan semua bahan dalam 1 bekas dan kacau rata supaya adunan sebati. Ketepikan untuk proses pembuatan inti apam suri.

Resepi apam suri berintikan kastard durian ini sangat menambat selera. Lain daripada apam suri biasa yang berintikan kaya atau pandan. Sedap

Bahan Inti Apam Suri Kastard Durian : 

  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan membukit tepung kastard
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan gula

Masukkan semua bahan ke dalam 1 periuk dan kacau rata sebelum dipanaskan atas dapur. Anda boleh kisar terlebih dahulu jika mahukan inti yang tekstur halus.

Buka api sederhana kecil dan masak hingga inti menjadi likat dan pekat yang sesuai. Tutup api dan sejukkan.

Cara Buat Resepi Apam Suri Langkah Terakhir : 

#1: Panaskan kuali non stick,Barulah ambil dalam 1/2 senduk adunan tadi dan ratakan atas permukaan kuali. Tak perlu gunakan minyak ya.

Cara ratakan seperti anda ratakan kuih ketayap.

Bila dah masak kulitnya, terus angkat dan letak ke dalam acuan karipap. Masukkan dalam 1 1/2 sudu makan inti kastard durian tadi dan cantumkan ketika kulit masih panas.

Ini supaya kulit apam suri dapat melekat dengan sempurna. Terus ulang proses sama sehingga adunan habis. Dah siap dah resepi apam suri yang bukan sahaja sedap tapi senang dibuat ni kan.

Selamat mencuba.

Resepi apam suri berintikan kastard durian ini sangat menambat selera. Lain daripada apam suri biasa yang berintikan kaya atau pandan. Sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom