Resepi Apam Susu Kukus Gebu Guna Blender Sahaja

7032
Guna blender sahaja dah boleh dapat apam susu kukus yang gebu dan lembut. Tips untuk elakkan apam susu merekah ketika dikukus ialah gunakan api sederhana kecil.Memang sedap sarapan dengan apam susu lembut gebu ni.

Sebut sahaja tentang apam susu, terbayang satu tekstur lembut yang sesuai dicicah bersama air ketika bersarapan ataupun dimakan begitu sahaja.Kali ini kami nak berikan resepi apam susu gebu yang sangat mudah untuk anda sediakan di rumah.

Resepi apam susu kukus ini hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas tapi hasilnya sangat gebu. Pernah fikir tak kenapa apam kukus ni gebu ?

Salah satu faktornya adalah penggunaan telur yang banyak.Dalam satu adunan, bilangan telur adalah 4 biji.Apabila kesemua telur ini dipukul,ianya membentuk buih yang mengandungi ruang udara. Ketika dikukus, ruang udara ini kekal dan membantu apam tidak menjadi padat.

Kalau banyak telur mesti lembik adunan kan ? Di sinilah peranan ovalette. Ovalette membantu mengekalkan tekstur ruang udara di dalam buih telur supaya sentiasa stabil selain menjadikan apam susu kukus itu gebu. Ok dah faham kan ?

BACA DI LINK BARU : Resepi Apam Bakar Kelantan Yang Akan Menjadi Tradisi

Tips untuk dapatkan apam susu gebu yang tidak merekah ketika dikukus ialah jangan sesekali kukus dengan api yang terlalu besar.Cukup gunakan api sederhan kecil supaya apam yang dikukus tidak naik mendadak yang boleh jadikan ianya beralun, mendap semula.

Satu tips lagi unutk dapatkan apam kukus yang cantik adalah griskn permukaan bawah dan tepi loyang dengan marjerin untuk mudah dikeluarkan selepas sejuk.

Terima kasih kepada Puan Wanie Ramli atas sumbanagn resepi apam susu mudah ini yang confirm menjadi Insyaallah.

Bahan Resepi Apam Susu Kukus :

  • 4 biji telur gred A
  • 4 sudu makan susu pekat manis
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan membukit ovalette
  • 2 cawan tepung gandum yang diayak 2 kali untuk tekstur halus mulus

Guna blender sahaja dah  boleh dapat apam susu kukus yang gebu dan lembut. Tips untuk elakkan apam susu merekah ketika dikukus ialah gunakan api sederhana kecil.Memang sedap sarapan dengan apam susu lembut gebu ni.

Cara Penyediaan Apam Susu Gebu :

#1: Blend telur,susu,gula,esen vanilla,ovelette sehingga kembang
Kemudian tuang ke dlm bekas dan masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yg diayak tadi.Kacau sehingga sebati.Tak perlu kuat untuk elakkan buih udara pecah.

#2: Asingkan adunan ke dalam 3 ke 4 bekas.Warnakan ikut warna kesukaan. Boleh juga letak perasa yang anda mahu seperti coklat, vanilla, pandan.

#3: Masukan dalam  loyang 9-10 inci atau acuan secara selang seli utk dptkn corak pelangi atau sebelah menyebelah.Jangan lupa sapu marjerin ye tuk elaklekat.

#4: Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih Kemudian kukus selama 40 minit atau sehingga masak.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan dan dipotong ya.

Guna blender sahaja dah boleh dapat apam susu kukus yang gebu dan lembut. Tips untuk elakkan apam susu merekah ketika dikukus ialah gunakan api sederhana kecil.Memang sedap sarapan dengan apam susu lembut gebu ni.

Anak-anak pun boleh bantu buat resepi apam susu             mudah ini sebab senang je.Selamat mencuba ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom