Kalau sebut apam,memang banyak versi yang boleh kita cuba kam.Resepi apam susu kukus la,Apam susu belang la, apam gula melaka, apam kelapa,apam mekar.Ehhhh,memang banyak.Yang best nya, rata-rata cara masak apam ni adalah dikukus.Sebab tu apam biasanya disebut apam kukus je.Orang mudah kenal melalui cara ini.
Untuk minggu ni, kami nak berikan anda full video tutorial beserta tips resepi apam susu kukus yang gebu dan lembut.Memang best makan begitu sahaja.Tapi kami suka cicah apam kukus ni dengan air kopi.Mungkin sebab dah biasa dari zaman kecil cam tu.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kerepek Pisang Rangup Menarik Dengan Tips Sangat Bernilai
Antara tips yang boleh anda cuba untuk resepi apam susu belang ni,untuk bekas acuan,sapukan marjerin di dasar bekas untuk elakkan daripada apam yang dikukus melekat dan menyenangkan keluarkan apam.
Untuk colour blok seperti dalam video tutorial di atas dan dibawah,kami gunakan bekas acuan roti 8x4x3 dan jika anda nak buat sebiji seperti kami, gunakan aluminium foil sebagai divider dan selepas dah tuang adunan, barulah kita keluarkan.
Resepi asal menggunakan tepung gandum tapi akan buatkan apam anda sedikit padat.Jadi kami gunakan tepung naik sendiri bagi menggantikan tepung gandum dan hasilnya,memang berbaloi.Jadi selamat mencuba tau.
Selain itu jangan lupa tutup tudung pengukus anda menggunakan kain tuala untuk elakkan apam bantat disebabkan air menitik ke atasnya.
Jom tengok bahan-bahan untuk buat kuih apam susu kukus ni.Satu adunan ni dah cukup untuk dimakan satu keluarga.
- 4 biji telur ayam size sederhana
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 sudu makan susu cair / pekat ( terpulang )
- 1 sudu makan ovalette
- 2 cawan tepung naik sendiri ( self raising flour )
- pewarna pilihan anda
Cara buat apam susu gebu dan lembut ini pula adalah :
Anda juga boleh tengok video tutorial yang kami sertakan di bahagian atas dan bawah untuk memudahkan anda.
#1: Masukkan air dalam pengukus dan didihkan dengan api sederhana.Ketepikan.Dalam bekas masukkan telur,esen vanilla,ovalette ,susu dan juga gula.Gunakan hand mixer untuk kacau adunan ni hingga menjadi kembang dan warna bertukar menjadi putih.Anda boleh juga menggunakan blender .Masa mengadun adunan apam susu ini dalam 10-15 minit.
#2: Apabila adunan apam dah kembang cantik,masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit dan adun sehingga sebati.Bila dah sebati boleh la bahagikan adunan kepada beberapa bahagian pilihan anda untuk dimasukkan pewarna.Waktu inilah nak kreatif kan.Nak buat apam marble ke, apam blok ke , apam bunga-bunga semua terpulang.Seperti dalam video, kami buat apam blok warna.
#3: Jangan lupa leserkan marjerin pada dasar acuan yang anda guna ea.Selepas dah masukkan pewarna,terus masukkan ke dalam bekas dan apam susu sedia dikukus selama 35-45 minit bergantung pada oven menggunakan api besar untuk masak sekata dan naik dengan cantiknya.
Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong.Selamat mencuba resepi mudah daripada kami ni.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom
VIDEO TUTORIAL APAM SUSU