Salah satu kuih orang kita yang banyak dalam pelbagai bentuk adalah kuih apam.Sebut je resepi apam tepung beras, apam balik,apam tepung gandum,apam merekah,apam kukus.Semua boleh buat kan.Dan kuih apam ni waktu pagi dia ada, petang pon ada.
Jadi sesiapa yang tak pernah lagi merasa salah satu jenis kuih apam yang kami sebutkan di atas, boleh mula mencari dan rasakan sendiri kelazatannya.
Pening kepala nak buat sarapan untuk anak-anak ?
Apa kata cuba apam lenggeng ni.Sangat mudah nye lah.Buat adunan sebelum masuk tidur dan dilenggeng pada waktu pagi.Kekenyangan anak-anak.Resepi ini adalah daripada Puan Mas Cotek yang telah beri keizinan kepada pihak kami untuk terbitkan.Anda boleh follow beliau di link yang kami sertakan pada nama.
Kuih apam lenggeng ni sesuai dimakan dengan sambal bilis ataupun sardin.Cicah kari ayam pun sedap apatah lagi dengan susu pekat.Adui semua sedap.
Beza dengan kuih apam yang dikukus, apam tepung beras ni menggunakan juga tepung gandum dan yis.Bila yis kembang dalam adunan,memang gebu dan lembut la.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kentang Putar Dengan Kuah Blackpepper Istimewa.Sedapnya
Antara tips yang boleh anda beri perhatian dalam buat resepi apam lenggeng ni adalah :
Untuk pastikan yis kering yang digunakan elok atau tidak,letak air suam ( air suam ya bukan air panas ),masukkan yis dalam kuantiti seperti di resepi,tunggu 8-10 minit dan tengok sama ada berbuih atau tidak.Jika berbuih,itu tanda yis hidup dan boleh guna.
Jika tak, tukar lain la yis kering anda tu ea.
Kalau dulu orang tak suka buat resepi apam tepung beras lenggeng ni sebab selalu melekat di dasar kuali.Ya lah, masa tu takde lagi non stick pan.Tu yang mudah give up bila hasil tak cantik.
Tapi sekarang lenggeng je dalam non stick pan.Aduh kuar cantik mata memandang.
Bahan-bahan untuk resepi apam tepung beras lenggeng lemak manis :
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air kosong
- 1 1/2 sudu teh yis kering beserta sedikit air suam dalam anggaran 1 sudu makan air untuk tip di atas.
- 1 biji telur ayam
- 1 cawan santan pekat
Cara buat resepi apam tepung beras ni pula :
#1: Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan kecuali santan pekat tadi. Kacau hingga sebati dan masukkan dalam peti sejuk untuk diperap lebih kurang 3 jam atau nak lama pun tiada masalah.
#2: Bila keluarkan dan nak melenggeng apam tepung beras ni, barulah masukkan santan.Kacau sekejap bagi sebati.Panaskan kuali non stick.
#3: Tak perlu leserkan dengan minyak ya.Teruskan dengan ambil satu senduk adunan dan lenggengkan ke dalam kuali seperti anda buat kulit kuih ketayap.
#4: Masak dengan api perlahan sehingga kekuningkan atau anda boleh gerakkan tanpa terjejas bentuk apam lenggeng.Siap tak perlu dimasak kedua-dua bahagian apam ya.
Angkat dan gulung kuih apam atau dilipat.Sedap tau makan panas-panas.Selamat mencuba dari kami.Nak senang buat sambal sardin dan cicah .Aduhai menambah!
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom