Resepi Asam Laksa Cina Masam Manis Pedas Memang Sedap

3402
Memang puas hati resepi asam laksa cina ni.Dengan kuah yang masam manis pedas dan pekat bersalut dengan laksa,puas hati makan.Kami beri tips khas untuk anda

Sebut sahaja resepi asam laksa cina, terbayang dalam kepala kuah yang rasa cukup masam dengan asam keping tetapi diimbangi dengan rasa manis dan seterusnya pedas.Tapi pedasnya tidak terlalu garang,cukup sekadar bermain di dalam mulut bersama aroma daun kesum,bunga kantang dan juga daun pudina.Memang cukup sepdan rasanya.

Kebiasaan bila buat resepi asam laksa cina ni, separuh isi ikan sardin dilenyek kasar dan dihidangkan bersama laksa dan juga ulam ulaman lain.Saya memang pilih jenama Ayam Brand sebab isi ikannya pejal dan juga sedap.Hanya isi ikan diambil dan dialirkan air untuk bersihkan rasa sos tomato selepas itu boleh guna untuk letak di atas laksa asam ni.

Ikan yang menjadi pilihan semestinya ikan sardin.Kebiasaan saya daptkan di NSK kerana lebih segar dan besar berbanding pasaraya lain.1 kg dalam 4 ekor ikan sahaja.Kalau tiada ikan ni anda boleh guna ikan kembung atau ikan selayang untuk kuah resepi asam laksa cina ni.

Tips untuk rebus ikan : Bersihkan ikan dan letak dalam periuk.Tak perlu tambah air.Letak 2 keping asam keping bersama garam dan gula melaka hancur.Guna api sederhana sahaja dan bila air ikan nak kering boleh la tutup. Jangan risau tak masukkan air sebab air ikan akan terhasil sendirHasilnya ikan tidak hanyir,isi pejal dan rasa masam manis secukupnya.

BACA DI LINK BARU: Resepi Mee Celup Thai Yang Sama Dijual Di Kedai.Sangat Sedap

Untuk resepi asam laksa cina ni, sukatan yang di berikan adalah untuk 1 kilogram ikan dan 3 liter air.Formula ni memang saya tak pernah tinggal kalau buat kuah laksa.Hasilnya kepekatan kuah asam laksa seperti yang saya mahukan. 3 liter air ini digunakan sama ada untuk mengisar isi ikan,kisar bawang dan bakinya dijadikan kuah.

Memang puas hati resepi asam laksa cina ni.Dengan kuah yang masam manis pedas dan pekat bersalut dengan laksa,puas hati makan.Kami beri tips khas untuk anda

Bahan Resepi Asam Laksa Cina :

Sukatan ini sesuai untuk 5-8 orang makan atau satu keluarga .

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
  • 1 tin sardin Ayam Brand ( 425 gram )
  • 5 senduk cili kisar
  • 3 sudu makan asam jawa
  • 8 keping asam keping gred elok ( jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping )
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun pudina
  • Gula melaka hancur secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan Kisar :

  • 100 gram bawang merah besar India
  • 25 gram belacan
  • 13 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nanas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas

Ulam Asam Laksa Cina :

  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

Cara Buat Resepi Asam Laksa Cina :

#1: Rebus ikan ikut cara di atas.Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap.Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman.Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan.Bila ikan rebus dah masak dan sejuk,asingkan isi ikan dengan tulang ikan.Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.

Memang puas hati resepi asam laksa cina ni.Dengan kuah yang masam manis pedas dan pekat bersalut dengan laksa,puas hati makan.Kami beri tips khas untuk anda

#2: Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar,isi ikan kisar,air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar,cili kisar,asam keping,air asam jawa,belahan bunga kantan,daun kesum,daun pudina.Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat.Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.

#3: Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam,pedas kuah. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah.Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.

#4: Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam .Keluarkan semua.Boleh la hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.

Memang puas hati resepi asam laksa cina ni.Dengan kuah yang masam manis pedas dan pekat bersalut dengan laksa,puas hati makan.Kami beri tips khas untuk anda

Masukkan laksa,kuah laksa dengan segala ulam mengikut pilihan hati anda dna juga isi ikan sardin yang dilenyek.Sedapp sangat guna resepi asam laksa cina yang ni tau.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdot