Resepi Asam Pedas Ikan Merah Yang Menggamit Selera

752
Kalau masak asam pedas , ada yang suka ikan parang , ikan jenahak.Saya suka asam pedas ikan merah.Tambah-tambah guna bahagian kepala.Aduhai sedapnya kan.

Kalau sebut asam pedas, mesti terbayang asam pedas Melaka atau Johor kan. Tapi nak pergi sana jauh.Tambah-tambah lagi jem dengan kita yang ada di sekitar Kuala Lumpur ini. Tapi takpe, boleh dah buat sendiri kat rumah lepas guna resepi cara ini.

Resepi ini saya dapat daripada rakan fb , Puan Zaimah yang buat asam pedas johor menggunakan ikan jenahak. Saya lak yang berasal dari Kelantan memang suka ikan merah.Tambah-tambah lagi bahagian kepala.Jadi tuk resepi kali ini, kita tengok bahagian kepala la ea. Boleh ja nak guna apa-apa jenis ikan.Ikan kembung ke, parang ke , jenahak ke.Asalkan ikan je ye.

Salah satu tips untuk dapatkan ikan yang seketul elok tanpa terburai isi adalah masukkan ikan selepas kuah dah mendidih dan masak dalam 10-15 minit sahaja bergantung kepada saiz ikan.Jangan terbalikkan tapi renjis kuah yang panas ke atas bahagian ikan yang tidak terendam.Barulah isinya tak pecah atau terburai ya.

BACA JUGA : Asam Pedas Terangkat Habis

Bahan-bahan untuk asam pedas ikan merah ini :

  • 4 biji bawang merah saiz kecil*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci belacan*
  • 3 senduk cili kisar
  • 2 sudu makan asam jawa yang diambil airnya sahaja
  • 5-6 batang daun kesum
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 2-3 batang bendi
  • Sedikit garam / serbuk perasa
  • minyak masak secukupnya

Kalau masak asam pedas , ada yang suka ikan parang , ikan jenahak.Saya suka asam pedas ikan merah.Tambah-tambah guna bahagian kepala.Aduhai sedapnya kan.

Cara-cara penyediaan asam pedas ikan merah ini :
#1: Kisar bahan-bahan yang bertanda * sampai lumat.Gunakan sedikit sahaja air. Selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kering sedikit.Barulah dimasukkan cili kisar dan ini bahagian yang paling penting. Gunakan api yang perlahan dan kacau sesekali sehingga bahan kisar dan cili kisar pecah minyak.

#2: Selepas itu barulah dimasukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan menggunakan 2 sudu makan asam jawa.Kacau lagi dan masukkan air sehingga kepada kepekatan yang anda mahukan.

#3: Biarkan kuah asam pedas mendidih barulah dimasukkan ikan pilihan. Tutup periuk dan biarkan mendidih sehingga ikan masak dan jika ikan tidak terendam sepenuhnya, tuang kuah ke atas bahagian yang terdedah. Untuk ikan besar seperti ikan merah yang saya gunakan ini, saya tidak terbalikkan untuk elakkan daripada isi ikan pecah.

Kalau masak asam pedas , ada yang suka ikan parang , ikan jenahak.Saya suka asam pedas ikan merah.Tambah-tambah guna bahagian kepala.Aduhai sedapnya kan.

#4: Bila ikan dah masak , barulah dimasukkan daun kesum, bendi , tomato dan perasakan. Biarkan  lebih kurang 3-4 minit dan tutup api.

Dah siap dah asam pedas ikan merah kita, boleh la makan bersama nasi putih dan telur asin .Bertambah nasi dek penangan asam pedas ni dengan kuah yang pekat dan sedap dihirup.Jadi selamat mencuba ya.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Pilihan : Asam Pedas Ikan Jenahak