Resepi Asam Rebus Keladi Ikut Cara Orang Lama Yang Best

4182
Mari kami kongsikan resepi asam rebus keladi yang begitu sedap.Dibuat ikut cara orang kampung dulu-dulu barulah betul-betul menyelerakan tekak.

Mari kami kongsikan resepi asam rebus keladi yang begitu sedap.Dibuat ikut cara orang kampung dulu-dulu barulah betul-betul menyelerakan tekak.Makan pula dengan ikan pekasam atau ikan kering goreng panas. Menyelerakan

Batang keladi ni ada cara nak hilangkan gatal. Pertamanya mestilah anda kena pilih keladi yang boleh dimakan. Kalau ada ditanam ditepi rumah, senang nak makan. Kalau tak, boleh je beli di pasar sahaja.

Lepas tu batang keladi perlu disiang seperti dalam video di bawah dan direbus dengan air serta masukkan garam sedikit sehingga 3/4 masak. Baru tos air dan basuh sekali lagi sebelum dibuat resepi asam rebus keladi. Baru sedap makan tak gatal.

Terima kasih kepada Ben Safwan di atas sumbangan resepi dan video asam rebus keladi ni. Memang menyelerakan.

Ikut TiK ToK Ben Safwan untuk menu-menu kampung asli mudah di sini : Tik Tok Ben Safwan

Mari kami kongsikan resepi asam rebus keladi yang begitu sedap.Dibuat ikut cara orang kampung dulu-dulu barulah betul-betul menyelerakan tekak.

BACA DI LINK BARU :Resepi Air Asam Cabai Picit Best Makan Dengan Terung Bakar Arang

Bahan Resepi Asam Rebus Keladi :

  • 3-4 batang keladi
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 1 1/2 bawang merah saiz bola pingpong
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 tangkai cili kering yang direbus
  • 10-15 biji lada hitam
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 2 asam keping
  • 6-7 tangkai daun kesum
  • 1.5 liter air
  • garam gula knorr cukup rasa

Cara Buat Resepi Asam Rebus Keladi :

#1: Siang batang keladi dan rebus mengikut cara di atas. Tumbuk ikan bilis bersama bawang merah,bawang putih,cili kering,lada hitam, belacan.

Masukkan air dalam periuk dan tambah bahan tumbuk. Boleh masukkan daun kesum,asam gelugor dan batang keladi yang siap ditos.

Masak hingga batang keladi empuk dan boleh tambah garam gula cukup rasa.

Dah boleh makan dengan ikan goreng panas-panas dan sedap hirup kuah asam rebus ni. Kena kuah banyak baru sedap hirup kan. Selamat mencuba.

Mari kami kongsikan resepi asam rebus keladi yang begitu sedap.Dibuat ikut cara orang kampung dulu-dulu barulah betul-betul menyelerakan tekak.