Resepi Ayam Bakar Madu VS Ayam Goreng Madu Paling Sedap

3917
Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best

Sebut sahaja ayam bakar madu, terbayang rasa manis madu melekat pada kulit dan isi ayam yang jadikan ianya garing elok dan dicicah pula dengan sos pencicah. Sangat menyelerakan untuk dimakan dengan nasi kerabu terutamanya kan.

Kami mahu beri dua versi ayam madu yang anda boleh pilih untuk sediakan di rumah sama ada cara cepat atau cara istimewa bergantung kepada selera anda.Iaitu ayam bakar madu merah yang dibakar atas arang dengan aroma wanginya dan juga ayam goreng madu bersalut dengan sos perapan madunya untuk hidangan cepat anda.

Kami suka sediakan ayam bakar madu bila nak dimakan dengan nasi kerabu atau pun nasi ayam.Kadang-kadang mahu kelainan kan daripada guna ayam bakar biasa . Satu lagi bila nak pergi berkelah, memang sedap bawak ayam madu yang dah diperap lepas tu bakar sambil mandi manda.Aduh seronoknya makan ramai-ramai dengan keluarga.

Kalau pergi ke pasar malam, kebiasaan banyak dijual adalah kepak ayam madu.Kebanyakan nama sahaja madu tetapi yang digunakan adalah gula dan serbuk cili.Memang tak masuk langsung dengan selera.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Untuk Anda Cuba

Tapi jangan risau , anda boleh simpan dan sentiasa baca resepi ayam bakar madu di laman web kami.

Tips untuk ayam bakar madu :

1- Pastikan ayam diperap dengan bahan-bahan perapan sekitar 2-3 jam minima untuk pastikan isi ayam menyerap segala bahan perapan.Anda boleh masukkan dalam plastik dan letak di freezer jika nak guna keesokan hari atau nak bawa pergi berkelah.Cara ini dapat kekalkan kualiti dan lambat basi.

2- Untuk elakkan ayam madu mudah hangit kalau anda bakar guna arang, pastikan jarak antara bara api dan jaring tinggi sedikit daripada biasa terutama pergi berkelah sebab masing-masing seronok dengan aktiviti.

Versi 1  resepi ayam bakar madu ini adalah daripada Puan Yaya Victory.Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ayam yang sedap ni.

Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best

Bahan Resepi Ayam Bakar Madu Istimewa :

  • 1 ekoq ayam dipotong dengan size bersesuaian
  • 2 sudu makan perencah nasi goreng cina cap seri aji
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 5 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan serbuk bawang putih
  • 1 biji air limau nipis
  • 1 cawan madu

Cara Buat Resepi Ayam Bakar Madu Sedap :

#1: Potong dan bersikan ayam bersih.Ketepikan.Masukkan dalam bekas besar semua bahan perapan di atas dan kacau rata.Masukkan potongan ayam dan perap selama 2-3 jam di dalam peti bahagian biasa.

#2: Barulah dibakar dengan arang mengikut tips kami beri.Ayam bakar madu ni warna merah sebab guna serbuk cili tadi.Tu yang cantik tu.

Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best

Versi 2 ayam goreng madu yang anda senang nak buat untuk makan malam nanti. Terima kasih kepada Puan Afy atas sumbangan resepi ini.

Bahan Resepi Ayam Goreng Madu :

Kuantit untuk 6-8 ketul ayam

Bahan Kisar :

  • 1 1/2 inci setengah halia
  • 1 batang serai
  • 1/2 bawang besar Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1/2 senduk air
  • 1 senduk kicap Jalen manis

Kisar lumat bahan di atas

Bahan Lain :

  • 3 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk cili

Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best

Cara Buat Ayam Goreng Madu :

#1: Susun ayam dalam periuk dan masukkan bahan kisar.Gaul rata.Tambah gula,garam dan serbuk cili.Rebus dengan api perlahan hingga ayam empuk. Tutup api dan biarkan 10 minit.

#2: Goreng ayam dalam minyak panas dengan api sederhan sehingga garing.

Masukkan baki air rebusan dalam pan tak melekat untuk buat sos atau saute. Tambah 1 sudu makan madu.Kacau hingga sos memekat. Barulah masuk ayam dan gaul sebati dengan sos.

Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best

#3: Angkat ayam tadi dengan pengepit dan layurkan seketika atas api untuk bagi rasa bakar pada sos.Memang sedap.Hati-hati untuk elakkan sos jatuh atas lubang api gas.

Memang sedap resepi ayam bakar madu dengan ayam goreng madu ni untuk anda tambah masuk dalam koleksi resepi masakan anda.Lengkap kami beri.Selamat mencuba.

Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom