Resepi Ayam Butter Sedap 2 Versi Yang Sangat Menyelerakan

4586
Sedapnya resepi ayam butter dua versi pilihan ni.Kalau suka rasa masam manis, boleh la cuba ayam butter lemon.Kalau tak, buat je ayam buttermilk asli.Sedap

Resepi ayam butter sememangnya mendapat tempat di hati penggemar hidangan masakan ayam.Apa taknya, ayam yang digoreng rangup terendam kesedapan dalam kuah yang sedikit berlemak sememangnya sangat sesuai dengan hidangan nasi putih.

Sebab itulah kalau pergi ke restoran, selain daripada ayam buttermilk yang pelbagai versi samada dilebihkan lada hitam atau ada penambahan kepingan cheese , terdapat juga hidangan udang butter.Ianya juga popular kan.

Kalau anda teringin nak makan ikan, ikan yang sesuai untuk masakan butter ini ialah daripada jenis ikan dory dan juga ikan cod.Ikan dory mudah didapati secara frozen di pasaraya.

Resepi ayam butter yang ingin kami kongsikan ini datang dalam dua versi yang sama-sama sedap dan menyelerakan.Versi yang pertama ayam butter milk seperti biasa dan versi kedua ialah ayam buttermilk lemon. Rasa masam manis lemon pasti menambahkan lagi kesedapannya kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Untuk Anda Cuba

Tips yang boleh anda ikut untuk hidangan ayam butter ini ialah ayam perlulah disalut sempurna dalam tepung salutan dan digoreng dalam minyak yang banyak supaya kepingan ayam butter rangup dan garing di bahagian luar tetapi lembut serta berjus pada bahagian dalam isinya.

Nak mudah guna sahaja tepung ayam goreng bestari.Senang tak perlu banyak bahan. Jom kita tengok Versi Pertama Ayam Butter Milk.

Bahan Resepi Ayam Butter :

  • 2 kepingan isi dada yang dipotong dadu
  • 1 biji telur ayam
  • 1 mangkuk tepung jagung
  • Sedikit garam

Bahan di atas ialah untuk salutan ayam goreng.

  • 2 sudu makan butter
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 ulas bawang merah saiz 20 sen dihiris nipis
  • 3 tangkai cili merah
  • 1/2 tin susu cair ( guna ikut kuantiti kuah sahaja )
  • Serbuk lada hitam
  • Garam gula serbuk perasa secukupnya

Sedapnya resepi ayam butter dua versi pilihan ni.Kalau suka rasa masam manis, boleh la cuba ayam butter lemon.Kalau tak, buat je ayam buttermilk asli.Sedap

Cara Masak Resepi Ayam Buttermilk Mudah :

#1: Toskan isi ayam dan gaul dengan sedikit garam terlebih dahulu.Baru celup dalam telur dan salut dengan tepung jagung.Celup semula dalam telur dan salut kali kedua dengan tepung jagung.Baru goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing.Angkat dan toskan.

#2: Panaskan kuali ,masukkan butter serta tumis bawang putih,bawang merah serta hirisan cili dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan susu cair ikut kuantiti kuah.Biarkan mendidih baru masukkan ayam goreng tadi.

#3: Kacau supaya ayam bersalut elok dan biarkan kuah pekat sedikit. Masukkan serbuk lada hitam serta garam gula.Sesuaikan rasa.

Siap dah ayam butter milk yang sangat membuka selera ini.

Untuk Versi Kedua ini lagi sedap bagi penggemar rasa masam manis,kami berikan anda Resepi Ayam Butter Lemon.Ada rasa masam manis masin pedas, ada rasa garlic dan daun kari juga.

Sedapnya resepi ayam butter dua versi pilihan ni.Kalau suka rasa masam manis, boleh la cuba ayam butter lemon.Kalau tak, buat je ayam buttermilk asli.Sedap

Bahan Resepi Ayam Buttermilk Lemon :

  • 2 kepingan isi dada yang dipotong dadu
  • 1 mangkuk tepung ayam goreng Bestari

Bahan Kuah Butter Lemon :

  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji lemon diambil jusnya
  • 1/2 biji lemon dipotong bulat ( untuk hiasan )
  • 1 tangkai cili merah dihiris nipis
  • 2 sudu makan butter
  • 1 tangkai daun kari
  • Serbuk lada hitam
  • Garam gula serbuk perasa secukupnya

Cara Buat Resepi Ayam Butter :

#1: Celupkan isi dada ayam yang dipotong kecil ke dalam telur, kemudian gaulkan dengan tepung goreng bestari. Goreng ayam sehingga masak dan garing.Ketepikan.

#2: Panaskan kuali dan cairkan butter. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daun kari dan lada cili sehingga naik bau

Sedapnya resepi ayam butter dua versi pilihan ni.Kalau suka rasa masam manis, boleh la cuba ayam butter lemon.Kalau tak, buat je ayam buttermilk asli.Sedap

#3: Masukkan 2 sudu makan susu pekat dan campur dalam perahan jus lemon. Masukkan sedikit air dan gaul hingga kuah tu menjadi pekat dan letak sedikit garam.Jangan lupa masukkan hirisan lemon tadi. Biarkan mendidih seketika. Kemudian curahkan ke atas ayam tadi. Atau boleh juga masukkan ayam ke dalam kuali dan masak sehingga pekat.

Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.Sedap tau ayam butter lemon ni.

So jangan lupa mencuba dua versi resipi ayam butter yang kami berikan ni ya.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom