Resepi Ayam Goreng Tepung Bestari Best Campur 2 Bahan Lain Sahaja

11089
Guna 3 bahan sahaja dah cukup buatkan resepi ayam goreng tepung bestari anda lain dari yang lain .Memang senang dan sedap.Nanti bolehlah cuba ayam goreng camni

Nak tak kalau kami beri resepi ayam goreng tepung bestari yang sungguh sedap dan kerak dia sangat cantik ? Memang puas hati bila dibuat ikut resepi yang kami berikan ini. Sesuai untuk dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk untuk bihun goreng, nasi lemak dan sebagainya.

Untuk resepi ini anda tak perlukan telur dan bahan-bahan yang susah. Cukup tepung bestari bersama dua bahan lain. Senang kan ?

Kami nak berikan tips nak hasilkan resepi ayam goreng tepung bestari yang sangat sedap :

1- Anda pilih ayam dalam bersaiz 1.5kg – 2.0 kg yang dipotong 18 bahagian. Potongan ayam kecil akan buatkan ayam mudah masak dan bahan perasa mudah masuk ke dalam perapan isi ayam.

2- Untuk bahan perapan masuk elok ke dalam isi ayam, pastikan anda perap sekurang-kurangnya 5 jam bagi bolehkan ayam terasa cukup enak. Untuk menggoreng, gunakan minyak yang banyak tapi cukup jika anda gunakan periuk kecil yang tinggi.

BACA DI LINK BARU : Resepi Apam Beras Best Dalam Sukatan Cawan.Gebu Sangat

Masukkan ayam yang sudap diperap 2-3 ketuk sahaja ke dalam periuk yang minyaknya cukup panas dengan api sederhana dan goreng. Tak perlu guna api besar nanti mudah hangit.

Senang kan bila dah ada tips-tips yang kami berikan ini. Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan di atas sumbangan resepi ayam goreng tepung bestari ini.Boleh lah buat sementara waktu cuti ini.

Resepi yang diberikan ini sukatan untuk 1 ekor ayam. Kalau nak buat lebih, sila gandakan ea mengikut kuantiti.

Guna 3 bahan sahaja dah cukup buatkan resepi ayam goreng tepung bestari anda lain dari yang lain .Memang senang dan sedap.Nanti bolehlah cuba ayam goreng camni

Bahan Resepi Ayam Goreng Tepung Bestari Sedap :

  • 1 ekor ayam yang dipotong 18
  • 1 pek tepung bestari
  • 1 pek tepung gandum
  • 1 pek tepung beras

Guna 3 bahan sahaja dah cukup buatkan resepi ayam goreng tepung bestari anda lain dari yang lain .Memang senang dan sedap.Nanti bolehlah cuba ayam goreng camni

Cara Buat Resepi Ayam Goreng Tepung Bestari :

#1: Ayam yang dipotong 18 dibersihkan betul-betul dan ditoskan. Tuang lebih kurang 4-5 senduk tepung bersama sedikit air untuk dijadikan pes dan masukkan ayam.Gaul rata di sekitar isi ayam. Perap ayam 5 jam minima untuk sedap. Tak perlu tambah garam dan bahan lain.

Bila dah siap perap, dalam satu bekas lain, campurkan 100 gram tepung bestari,100 gram tepung gandum dan 100 gram tepung beras. Gaul rata dengan senduk kering. Bolehlah juga anda panaskan minyak yang banyak dalam periuk.

#2: Ayam yang dah diperap dilumur tepung satu persatu dan ditekan mampat supaya dapat hasilkan salutan ayam goreng yang berkerak sedap.

Guna 3 bahan sahaja dah cukup buatkan resepi ayam goreng tepung bestari anda lain dari yang lain .Memang senang dan sedap.Nanti bolehlah cuba ayam goreng camni

Bila minyak dah panas, goreng ayam dalam api sederhana sehingga ayam kuning keemasan dan bolehlah diangkat serta ditoskan.

Memang sedap sangat hasil ayam goreng tepung dimasak seperti ini. Boleh lah anda mencuba resepi ini kan.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Guna 3 bahan sahaja dah cukup buatkan resepi ayam goreng tepung bestari anda lain dari yang lain .Memang senang dan sedap.Nanti bolehlah cuba ayam goreng camni