Resepi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok Dah. Best Pedas Menyengat

181179
Resepi ayam kicap yang betul-betul sedap adalah sangat ringkas cara penyediaan nya tapi langkah-langkah kena betul supaya kicap melekat elok pada isi ayam.

Resepi ayam kicap yang betul-betul sedap adalah sangat ringkas cara penyediaan nya tapi langkah-langkah kena. betul supaya kicap melekat elok pada isi ayam dan rasa sampai ke dalam bahagian isi. Lebih sedap bila gunakan bahagian ayam kecil dan bertulang. Baru sedap gigit. Tak perlukan lauk lain, cukup ayam kicap dengan nasi putih. Itupun bertambah-tambah nasi jadinya kan.

Sekarang banyak menu olahan resepi ayam kicap ni. Antaranya ialah ayam kicap 3 budak gemuk yang rasa dia cukup pedas dan dihidangkan dengan menu sampingan yang lain.

Kalau anda nak kurangkan pedas dan masak sendiri resipi ayam kicap di rumah, teruskan membaca sambil kami beri tips yang sangat berbaloi untuk dicuba :

1: Basuh bersih ayam sehingga hilang bau hanyir dan lendir.Paling senang guna tepung gandum sahaja.Lumur dan cucikan.

2: Perap ayam dengan bahan perap ringkas iaitu serbuk kunyi dan garam terlebih dahulu sekitar 30 minit bagi beri rasa kepada ayam selain rasa kicap .Goreng ayam jangan sehingga masak.Cukup kekuningan lebih kurang 3/4 masak sahaja.

3: Guna kicap pekat manis dari jenama Jalen,Enaq atau Tamim  untuk kuahnya dan juga bahan perap.Kicap dari jenama ini sedap.

Resepi ayam kicap yang betul-betul sedap adalah sangat ringkas cara penyediaan nya tapi langkah-langkah kena betul supaya kicap melekat elok pada isi ayam.

BACA DI LINK BARU : 3 Versi Ayam Masak Merah Untuk Anda Cuba Sendiri.Kami Suka No 3.Nyumm

Hari ini, kami ucapkan terima kasih kepada Puan NorHafizan Ezan Sulaiman kerana sudi berkongsi ayam kicap kepada kita semua. Nanti bolehlah mencubanya.

Bahan Resepi Ayam Kicap Mudah :

  • 8-10 ketul kecil ayam.Nak sedap pilih yang bahagian bertulang seperti peha, kepak,leher.
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam

Basuh bersih ayam buang segala darah dan untuk terus buang bau hanyir, boleh basuh dengan tepung gandum. Lepas tu tos bersih dan barulah perap dengan bahan di atas lebih kurang 30 minit. Bagi rasa masin masuk ke dalam isi ayam.

Goreng ayam dengan minyak pada api sederhana sehingga 3/4 masak. Kemudian angkat dan toskan.

  • 2 1/2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 2 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 5-7 tangkai cili burung Thai
  • 1/2 inci halia
  • 12-15 helai daun kari
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan kicap manis

Cara Buat Resepi Ayam Kicap Mudah :

#1: Nak sedap, tumbuk sahaja bahan ini jangan kisar gunakan mesin. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia dan cili burung.

Ambil minyak goreng ayam tadi dalam anggaran 1/2 senduk dan panaskan.Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga layu.Barulah masukkan daun kari bersama sos tiram dan kacau sebati. Tambahkan kicap manis pilihan anda.

#2: Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Jangan tambah sebarang air ya. Gaul sebati dan kacau hingga kicap melekat berpalit elok pada bahagian ayam.

Resepi ayam kicap yang betul-betul sedap adalah sangat ringkas cara penyediaan nya tapi langkah-langkah kena betul supaya kicap melekat elok pada isi ayam.

Tak perlu tambah garam, gula sebab sos tiram dah masin dan kicap manis telah manis ya.

Bila dah nampak sedikit kering dan cantik, boleh lah tutup api dan resepi ayam kicap telahpun siap. Boleh makan dengan nasi panas atau nasi goreng. Sedap. Selamat mencuba.

Resepi ayam kicap yang betul-betul sedap adalah sangat ringkas cara penyediaan nya tapi langkah-langkah kena betul supaya kicap melekat elok pada isi ayam.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom