Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Sedap Dan Simple Untuk Dicuba

59200
Apa kata cuba resepi ayam masak halia yang mudah di. Perap lepas tu tumbuk halia dan bahan lain.Masak sekali hingga ayam masak. Memang terasa sos perapnya.

Kalau sebut pasal aneka resepi ayam , rasanya seribu satu cara masak boleh guna kan. Tapi yang popular mestilah antaranya resepi ayam masak halia,kari ayam , rendang ayam dan sebagainya kan.Sebelum ni saya dah tulis mengenai Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Senang di sini untuk anda cuba.

So hari ni , apa kata cuba resepi ayam masak halia mudah. Memang sedap la , terasa cukup rasa dalam sos ayam . Ada manis, masam, masin pedas. Tapi yang bestnya, masak pun simple dengan campak itu ini. Silap haribulan , bertambah nasi.

Banyak versi resepi ayam halia ni . Sama ada suka yang berkuah atau jenis sedikit kering. Pilih pada selera je mahu yang mana ea. Halia ni banyak khasiat.Tambah-tambah lagi untuk buang angin dalam badan. Tu ada resepi ayam masak halia dalam pantang .Khas untuk ibu yang bersalin kan.

Terima kasih Puan Parmiati Binti Suyudi untuk resepi yang menarik ni. Untuk yang berminat membeli bawang goreng homemade crunch, boleh ke profil beliau ya.

Apa kata cuba resepi ayam masak halia yang mudah di. Perap lepas tu tumbuk halia dan bahan lain.Masak sekali hingga ayam masak. Memang terasa sos perapnya.

Jom kita tengok bahan-bahan resepi ayam masak halia sedap ni : 

  • 7 – 10 ketul ayam .Nak sedap gunakan bahagian yang ada tulang macam kepak dan peha

Bahan perap sos untuk ayam :

  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 3 sudu makan lada sudah
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 5 sudu sos tiram
  • 4 sudu kicap masin
  • 4 sudu makan kicap manis

Bahan tumis goreng : 

  • 15 tangkai cili kering dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 labu bawang putih tumbuk kasar
  • 2 inci Halia muda tumbuk kasar
  • 1/2 mangkuk minyak masak

Tak perlu blend or tumbuk cili kering tu

Cara Penyediaan Resepi Ayam Masak Halia :

#1: Panaskan kuai, masukkan minyak dan panasakan.Masukkan bahan tumbuk dengan cili kering .Goreng hingga bahan ini masak.

#2: Masukkan ayam yang diperap sekali.Jangan masukkan lagi baki sos perap. Biarkan permukaan ayam rangup dengan keperangan terlebih dahulu. Barulah masukkan sos perap bersama secawan air. Didihkan hingga ayam masak dan  kuah ayam masak halia kita ni mulai pekat.

Apa kata cuba resepi ayam masak halia yang mudah di. Perap lepas tu tumbuk halia dan bahan lain.Masak sekali hingga ayam masak. Memang terasa sos perapnya.

Tutup api dan tabur daun bawang. Perghhh.Selamat mencuba tau. Simple dan sedap tau. Memang suka la anak-anak dengan hidangan ayam macam ni kan

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Video Pilihan : Resepi Ikan Tongkol Masak Merah