Resepi Ayam Halia Seperti Di Kedai Tomyam Tapi Tanpa MSG

1237
Sedapnya ayam masak halia kan.Makan pulak dengan nasi putih berserta ulam dan sambal belacan.Paling best guna hirisan halia muda.Selamat mencuba tau.

Kalau pergi ke kedai makan tomyam , memang menjadi kebiasaan kami sekeluarga untuk pesan menu ayam masak halia. Sebab sangat best terasa cukup masak nya. Tapi lepas tengok penggunaan MSG atau ajinomoto dalam setiap masakan, kami stop makan di kedai tomyam.

Jadi banyak percubaan kami cuba untuk hasilkan menu ayam masak halia yang lebih kurang sama tapi tidak menggunakan msg yang dalam kuantiti banyak. Sebab kami pun guna serbuk perasa pasti sedap Knoor dalam kuantiti 1/3 sudu teh.

BACA JUGA : Cara Buat Resepi Ayam Kicap Berempah Yang Pastinya Sangat Sedap

Sedapnya ayam masak halia kan.Makan pulak dengan nasi putih berserta ulam dan sambal belacan.Paling best guna hirisan halia muda.Selamat mencuba tau.

Lepas dah banyak kali cuba, antara rahsia nya untuk dapatkan rasa ayam yang best , guna sos plum dan juga halia muda. Ini penting. Masakannya ringkas sangat tau.

Jom kita tengok resepi ayam masak halia mudah ni. Memang berbaloi untuk anda cuba.

Sedapnya ayam masak halia kan.Makan pulak dengan nasi putih berserta ulam dan sambal belacan.Paling best guna hirisan halia muda.Selamat mencuba tau.

Bahan-Bahan Ayam Masak Halia

Kuantiti ayam : 1/4 bahagian – 1/2 bahagian
Lumur ayam dengan kunyit n garam.Goreng 1/2 masak. Angkat

Bahan sos halia nya pula

  • 3 cm hirisan halia muda yang dihiris memanjang
  • 1 biji lada merah besar
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 3/4 mangkuk kecil air
  • 2 sudu makan sos plum

Sedapnya ayam masak halia kan.Makan pulak dengan nasi putih berserta ulam dan sambal belacan.Paling best guna hirisan halia muda.Selamat mencuba tau.

Cara penyediaan ayam masak halia :

#1: Potong bahagian ayam dan cuci bersih.Lumur sedikit serbuk kunyit dan garam.Goreng 1/2 masak .Angkat dan ketepikan

#2: Potong memanjang halia muda , bawang besar pula potong bulat.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan semua bahan-bahan di atas dan besarkan api. Tutup kuali dengan penutup untuk elakkan bahan sos halia kering

#3: Cukup bila semua bahan dah layu , masukkan ayam tadi dan 1/3 serbuk perasa

Sedapnya ayam masak halia kan.Makan pulak dengan nasi putih berserta ulam dan sambal belacan.Paling best guna hirisan halia muda.Selamat mencuba tau.

Siap. Taburkan daun ketumbar.Aduhhh.Sangat sedap dan puas hati rasanya.Selamat mencuba.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Pilihan : Puding Roti Karamel