Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah 2 Versi Pilihan

150212
Tips untuk hasilkan resepi ayam masak kicap yang memikat selera adalah perap ayam dengan bahan perap dan baru goreng 3/4 masak.Untuk ayam masak kicap lagi menyelerakan,guna kicap pekat manis.Kami beri dua versi ayam kicap untuk anda cuba dan pilih versi kesukaan

Kalau disebut resepi ayam masak kicap , teringat kepada anak-anak saudara saya yang menjadi kegemaran mereka.Tak perlukan lauk lain,cukup dengan ayam kicap,bertambah nasi dimakan mereka.

Bila saya tanya emak saudara apakah rahsia atau tips untuk hasilkan ayam masak kicap yang sedap,dia memberitahu beberapa tips yang boleh kita amalkan.

1: Basuh bersih ayam sehingga hilang bau hanyir dan lendir.Paling senang guna tepung gandum sahaja.Lumur dan cucikan.

2: Perap ayam dengan bahan perap terlebih dahulu sekitar 30 minit bagi beri rasa kepada ayam selain rasa kicap .Goreng ayam jangan sehingga masak.Cukup kekuningan lebih kurang 3/4 masak sahaja.

3: Guna kicap pekat manis dari jenama Jalen,Enaq atau Tamim  untuk kuahnya dan juga bahan perap.Kicap dari jenama ini sedap.

BACA DI LINK BARU : 3 Versi Ayam Masak Merah Untuk Anda Cuba Sendiri.Kami Suka No 3.Nyumm

Jadi hari ini kami nak berkongsi dua resepi ayam masak kicap berkuah yang dicuba sendiri oleh kami.Pertama adalah daripada Puan Selvanayagi.Mesti anda teruja jika mencubanya kali pertama sebab ini daripada versi masakan India.

Bagi kami sangat sedap ayam masak kicapnya.Oleh sebab ayam dimasak dalam sos dan tidak digoreng terlebih dahulu,jadi tekstur ayam lembab dan isi nya mudah terlerai.Rasa kuah kicap bersama cili kering dan juga daun kari memang memberi aroma yang sedap kepada hidangan ayam kicap ni.

Tips untuk hasilkan resepi ayam masak kicap yang memikat selera adalah perap ayam dengan bahan perap dan baru goreng 3/4 masak.Untuk ayam masak kicap lagi menyelerakan,guna kicap pekat manis.Kami beri dua versi ayam kicap untuk anda cuba dan pilih versi kesukaan

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kicap Pedas :

Bahan Perap : 

  •  1/2 ekor ayam yang dipotong kecil
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan Ginger Garlic Paste *
  • 1/2 cawan Kicap Tamim
  • 2 sudu makan cili kisar

Ginger garlic paste dihasilkan dengan tumbuk atau kisar halia muda bersama bawang putih. Tak susah pun.Anggaran dalam 4/5 biji bawang putih dan 1 inci halia muda untuk 2 sudu makan paste ini.

Semua bahan di atas dilumur bersama ayam dan diperap sekurang-kurangnya 30 minit untuk hasilkan ayam masak kicap yang penuh dengan kelazatan.

Tips untuk hasilkan resepi ayam masak kicap yang memikat selera adalah perap ayam dengan bahan perap dan baru goreng 3/4 masak.Untuk ayam masak kicap lagi menyelerakan,guna kicap pekat manis.Kami beri dua versi ayam kicap untuk anda cuba dan pilih versi kesukaan

Bahan Tumis Ayam Kicap :

  • 8 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah saiz 50 sen baru
  • 2 inci halia muda
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 biji cili kering
  • 1 batang kayu manis dan bunga lawang.
  • Garam gula dan serbuk perasa

Cara buat resepi ayam masak kicap berkuah pedas : 

#1: Tumis kayu manis bersama bunga lawang sehingga naik bau.Masukkan cili kering dan daun  kari hingga aroma kuat terasa baru tambah hirisan bawang putih,bawang merah dan juga hirisan halia.Tumis hingga bawang layu.

Tips untuk hasilkan resepi ayam masak kicap yang memikat selera adalah perap ayam dengan bahan perap dan baru goreng 3/4 masak.Untuk ayam masak kicap lagi menyelerakan,guna kicap pekat manis.Kami beri dua versi ayam kicap untuk anda cuba dan pilih versi kesukaan

#2: Masukkan ayam yang diperap tadi.Simpan lebihan kuah perap.Masak ayam selama 15 minit dengan bertutup.Kita tutup supaya wap air terhasil dan ayam tidak hangit serta masak dengan sekata.

#3: Buka penutup selepas masak dan barulah tambah lebihan kuah perap tadi bersama hirisan tomato.Kalau suka bawang besar, boleh juga masuk.Sesuaikan rasa ikut selera anda .

Dah siap dah resepi ayam masak kicap versi 1.Manis pedas aroma nya cukup rasa.

Untuk versi no 2 ini, hidangan ayam kicap lebih kepada Kemelayuan.Rasanya manis masin cukup melekat pada ayam yang digoreng terlebih dahulu.Sedap.

Bahan-bahan untuk resepi ayam masak kicap berkuah :

  • 8-12 ketul ayam,Sedap gunakan bahagian bertulang ( diperap dengan garam dan serbuk kunyit sekitar 15 minit )
  • 4 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
    Kesemua bahan bertanda ditumbuk.Jangan blend.
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa.Ramas dan ambil airnya
  • Kicap manis Enaq ikut rasa
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Bahan yang menyedapkan kuah ayam kicap :

  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 biji lada merah/hijau yang besar
  • 10 helai daun kari

Tips untuk hasilkan resepi ayam masak kicap yang memikat selera adalah perap ayam dengan bahan perap dan baru goreng 3/4 masak.Untuk ayam masak kicap lagi menyelerakan,guna kicap pekat manis.Kami beri dua versi ayam kicap untuk anda cuba dan pilih versi kesukaan

Cara buat resepi ayam masak kicap berkuah simple :

#1: Goreng separuh masak ayam dengan garam. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Api kecil

#2: Masukkan air asam jawa,air dan biarkan mendidih pecah minyak. Tambah gula garam serbuk perasa dan kicap .Sesuaikan rasa hingga sebati.

#3: Masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan gaul biar sebati. Tambah potongan bawang besar , lada besar dengan daun kari. Masak hingga bawang layu. Siap untuk dihidangkan.

Wah dua versi dah siap.Menunggu untuk anda cuba dan putuskan yang mana menjadi pilihan hati.Selamat mencuba resepi ayam masak kicap ini di rumah.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom