Resepi Ayam Masak Kurma Menyelerakan Untuk Suri Rumah Sediakan

895
Resepi ayam masak kurma ini sangat sesuai untuk dihidangkan bukan sahaja nasi putih tapi nasi minyak atau nasi tomato.Kami beri tips mudah untuk lagi sedap

Sebut sahaja resepi ayam masak kurma, terus terbayang menu hidangan ini disediakan bersama nasi hujan panas atau nasi minyak bersama acar jementah kan. Sangat masuk hidangan kurma dengan nasinya.Makan dengan nasi putih pun sedap.

Kalau di kenduri kendara, bukan sahaja resepi ayam masak kurma disedikan dan dihidang kepada para tetamu, malah penggunaan daging lain untuk masakan kurma boleh.

Ramai sahaja yang guna daging lembu atau pun daging kambing sebagai pengganti kepada daging ayam terutama di majlis kenduri perkahwinan atau majlis aqiqah.

Kalau di tempat kami di Kelantan, pada majlis aqiqah anak,seeloknya daging dimasak gulai putih iaitu kurma.

Untuk hidangan resepi ayam masak kurma, anda boleh dapatkan serbuk rempah kurma yang siap sedia dijual di pasaraya.Cari sahaja rempah kurma ayam atau daging jenama Adabi atau Babas mengikut citarasa. Kalau kami di Kelantan, kami suka segala jenis rempah sama ada rempah kari, rempah kurma, rempah darat, rempah kerutub di atas Pasar Besar Siti Khadijah.

Bahan masak yang sinonim dengan resepi ayam masak kurma ialah penggunaan ubi kentang. Kentang yang dimasak sekali dengan rempah kurma memang sesuai hidangan rasannya.

BUKA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

Tips untuk resepi ayam masak kurma :

1- Tumis bahan kisar sehingga naik bau dahulu barulah masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air. .Tambah masuk  air lebih kurang 1/3 cawan dan biarkan pada api kecil supaya rempah kurma betul-betul masak pecah minyak dan tidak garing.

2- Jangan terus tambahkan air dan santan. Lepas rempah kurma dah masak, masukkan ayam dan kentang tanpa sebarang air atau santan dan biarkan ayam masak empuk sepenuhnya lebih kurang 30 minit. Barulah sedap rasa isi ayam yang terasa dengan rempah kurma.

Untuk resepi ayam kurma kali ini, terima kasih kepada Puan Mariana Zainal atas resepi.Jika anda berminat mahu dapatkan tempahan kek,boleh ke fb beliau.

Resepi ayam masak kurma ini sangat sesuai untuk dihidangkan bukan sahaja nasi putih tapi nasi minyak atau nasi tomato.Kami beri tips mudah untuk lagi sedap

Bahan Resepi Ayam Masak Kurma : 

  • 1/ 2 ekor ayam dipotong 8
  • 3-5 biji ubi kentang dibelah dua
  • 2 biji tomato dipotong 4 jika mahu
  • 3 cawan santan dr 1 biji kelapa parut atau 1 1/2 kotak santan pekat + 1 1/2 cawan air
  • 10 tangkai cili padi ( pilihan )
  • 2 senduk minyak masak
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3-4 biji bunga lawang
  • 4  sudu makan bahan kisar daripada ( 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih,1 inci hali muda dikisar semua )

Bahan pes rempah kurma :

  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu teh  garam
  • 1/2 sudu teh bahan perasa
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari (amik daun jer)
  • 1/2 cawan air

Campurkan semua bahan di atas untuk jadiakan pes masakan kurma.

Cara masak Resepi Ayam Masak Kurma :

#1: Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau bunga lawang serta kayu manis.Baru masukkan bahan kisar dan tumis hingga mula pecah minyak. Baru masukkan campuran pes masakan kurma tadi.

#2: Buka api sederhana kecil dan kacau pes hingga pecah minyak beberapa kali dalam anggaran 15-20 minit. Kacau sesekali untuk elak hangit. Baru masukkan ayam bersama kentang dan tutup periuk. Besarkan api pada tahap sederhana dan biarkan ayam empuk sekitar 30-35 minit.

#3: Tambah santan tadi yang siap dicampur air dan biarkan mendidih.Sesuaikan rasa jika perlu.Baru tambah potongan tomato dan ciliu padi dan cili merah. Siap untuk disediakan.

Resepi ayam masak kurma ini sangat sesuai untuk dihidangkan bukan sahaja nasi putih tapi nasi minyak atau nasi tomato.Kami beri tips mudah untuk lagi sedap

Resepi ayam masak kurma yang dibuat melalui cara ini akan jadikan gulai sangat sedap.Isi ayam lembut mudah terurai daripada tulang dengan penuh jus rasa kurma.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </> Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom