Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api 3 Versi Mengancam Selera

25138
Kami gabungkan tiga versi resepi ayam masak lemak cili api yang bakal menjadi kesukaan anda.Ada yang versi masak lemak cili api yang popular di Negeri Sembilan.Puree podah lemak nya.Tengok juga tips untuk bagi ayam merasa elok lemak cili padi nya.

Sebut sahaja resepi ayam masak lemak cili api atau cili padi ni,antara tiga benda utama yang terus terbayang di dalam kepala adalah kuah gulainya yang mesti bewarna kuning hasil penggunaan kunyit hidup atau serbuk kunyit,tak dilupakan bahan utama apa lagi kalau bukan cili api yang kaw-kaw boleh tahan banyak dan juga serai.

Tapi seperti Negara Malaysia yang punyai banyak negeri dalamnya, versi untuk ayam masak lemak cili api ni juga pelbagai versi.Ada yang suka podah melekat kata orang Negeri Sembilan, ada yang letak bawang,yang masukkan pucuk ubi dan juga kentang pun ada.Tapi itu semua variasi masakan.Tiada salah tiada betul asalkan kena pada selera kan.

Selain ayam masak lemak cili api negeri sembilan, anda boleh gunakan banyak bahan utama tuk gantikan ayam selain daripada ayam salai dan ayam tua itu sendiri,daging salai,itik salai,keli salai dan juga udang.

Menarik bukan. Salah satu restoran popular yang menyediakan masakan salai lemak cili api ini adalah di Sabak Salai.

Kalau anda belum pernah pergi,boleh baca DI SINI untuk ke tempatnya yang kami kunjungi baru-baru ini.

Salah satu petua untuk resepi ayam masak cili api simple tetapi sangat sedap ini adalah ketika proses masukkan ayam untuk versi Negeri Sembilan.

Pertama nya tumbuk kunyit bersama garam dan juga kunyit hidup,serai diketuk. Barulah dicampurkan ke dalam ayam yang diletakkan sedikit air.Rebus sehingga ayam empuk dan air mengering barulah dimasukkan santan cair dan juga santan pekat.Memang terasa hingga ke tulang masak lemak cili apinya.

Untuk Versi 1,kami berikan ayam masak lemak cili api kiriman Puan Norfazila yang lebih kepada negeri utara.Ianya ada bawang.

Bahan resepi ayam masak lemak cili api : 

  • 7 ketul ayam
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 6 biji cili api
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 asam keping (secukup rasa -potong suku jer klu besar)
  • Secukup rasa garam,gula dan serbuk perasa
  • 1 biji kentang
  • 1/2 helai daun kunyit

Kami gabungkan tiga versi resepi ayam masak lemak cili api yang bakal menjadi kesukaan anda.Ada yang versi masak lemak cili api yang popular di Negeri Sembilan.Puree podah lemak nya.Tengok juga tips untuk bagi ayam merasa elok lemak cili padi nya.

Cara buat ayam masak cili api versi utara :

#1: Tumbuk bawang,cili api,kunyit hidup hingga lumat.Masukkan ke dalam periuk bersama ayam,kentang dan air.Masak hingga ayam 3/4 masaknya.

#2:Baru tambahkan santan pekat tadi,dan daun kunyit.Biarkan mendidih sedikit sebelum perasakan.Siap.

Versi 2 lebih istimewa sebab menggunakan ayam kampung.Aduh mengancam jiwa makan.Terima kasih Puan Elena.

Kami gabungkan tiga versi resepi ayam masak lemak cili api yang bakal menjadi kesukaan anda.Ada yang versi masak lemak cili api yang popular di Negeri Sembilan.Puree podah lemak nya.Tengok juga tips untuk bagi ayam merasa elok lemak cili padi nya.

Bahan resepi masak lomak cili api ayam kampung : 
Untuk masak lemak cili api udang pun boleh guna resepi ini ya.

  • 1 ekor ayam kampung
  • 9-10 cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji kentang

Cara Buat Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung : 

#1: Tumbuk lumat kunyit,garam dan cili api. Satukan ke dalam periuk bersama ayam tua dan serai yang diketuk tadi. Masukkan air lebih kurang 2 cawan dan guna api kecik, reneh 1 jam biar empuk.Bila dah lepas 30 minit,masukkan  kentang yang tak dibuang kulitnya dan terus mereneh lagi.

Kalau air nampak kering tambah air. Tuk bagi ayam masak lemak cili api sedap,jangan buang kulit ayam semua.Tinggalkan sedikit dan masak sekali.

#2: Dah betul empuk,baru masukkan santan tadi dengan perasakan secukup rasa.Bagi pekat sikit siap dah.

Itu kelainan versi no 2 makala untuk Versi 3 ni,boleh kata kaw rasa seperti masak lemak cili api negeri sembilan style dengan buh pucuk ubi.Anda nak buh rebung pun boleh.

Kami gabungkan tiga versi resepi ayam masak lemak cili api yang bakal menjadi kesukaan anda.Ada yang versi masak lemak cili api yang popular di Negeri Sembilan.Puree podah lemak nya.Tengok juga tips untuk bagi ayam merasa elok lemak cili padi nya.Bahan Masak Lemak Cili Api Daun Ubi : 

  • 1 ekor ayam
  • 10 cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 ikat pucuk ubi

Cara Buat Masak Lomak Cili Api  : 

#1: Tumbuk kunyit hidup bersama cili padi dan juga garam.Buh dalam periuk bersama ayam ,serai dan masukkan air biar sama paras dengan ayam.Rebus bagi ayam masak hingga tinggal suku je air. Orang Nogori cakap kecutkan ayam.

Kami gabungkan tiga versi resepi ayam masak lemak cili api yang bakal menjadi kesukaan anda.Ada yang versi masak lemak cili api yang popular di Negeri Sembilan.Puree podah lemak nya.Tengok juga tips untuk bagi ayam merasa elok lemak cili padi nya.

#2: Masukkan santan dan pucuk ubi serta kacau sentiasa hingga masak cantik baru perasakan dengan garam gula.Siap untuk dihidangkan.

Terliur tak selepas tengok 3 versi ayam masak lemak cili api ni ? Selamat mencuba daripada kami.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom