Resepi Ayam Masak Merah 3 Versi.Kami Suka No 3.Nyumm

68181
Resepi Ayam Masak Merah

Kalau sebut pasal resepi ayam masak merah , mesti dikaitkan dengan kenduri , nasi minyak atau nasi tomato dan kanak-kanak kan. Kenapa ? Yelah , cuba tengok.Kalau pergi mana-mana kenduri kahwin , antara menu utama selain gulai kawah atau gulai daging , mesti ada ayam merah juga kan. Sebab hampir semua orang boleh masuk dengan menu ni.

Itu sebab untuk nasi special pon ada menu ni . Apatah lagi untuk dimakan nasi putih. Memang kena sangat .Tambah-tambah buat untuk anak-anak .Diorang suka sungguh ratah rangka ayam sambil cicah sos merah yang ada dalam kuali. Suka. Kita pon tak pening sebab resepi ayam masak merah ni mudah sangat.

Dari versi senang sampai ke versi ayam masak merah kenduri.So jangan risau.Hari ni kami berikan tiga versi berbeza .So anda cuba satu-satu lepas tu tengok yang mana paling best anak-anak suka kan. Kami juga ada hasilkan Ayam Masak Halia Berkuah Sedap Dan Simple di sini untuk anda cuba di rumah .

Versi 1 Dari Puan Salamah Olie

Sesuai untuk dimakan nasi minyak or nasi tomato ayam ni. Rasa dia sedap sebab ada penggunaan serai .Memang best.So kalau nak buat kenduri majlis apa-apa , gandingan untuk nasi minyak dan acar, pilih je resepi ayam masak merah tanpa santan yang ni

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Merah Untuk 1 Ekor Ayam :

  • 1 ekor ayam (potong kecil dan basuh bersih)
  • Sedikit garam dan kunyit (salut ayam untuk digoreng)
  • 3 biji bawang besar *
  • 4 – 5 ulas bawang putih *
  • 1 ½ inci halia *
  • 3 – 4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato (dipotong)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 batang kulit bayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • Garam
  • Gula

Cara buat resepi ayam masak merah :

#1:  Lumurkan garam dan kunyit .  Goreng separuh masak.Panaskan minyak  dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.Masukkan serai

#2:  Kisar bahan bertanda . Masukkan dalam kuali sampai pecah minyak dan tambah cili kisar

#3: Bila Pecah minyak, masukkan gula, sos cili dan tomato yang telah dipotong. Kacau sebati dan biarkan seketika. Setalah agak masak, tambahkan garam dan bahan perasa untuk menyedapkan lagi ayam masak merah ala kenduri kita. Kemudian, terus saja masukkan ayam yang telah kita goreng separuh masak tadi ke dalam kuali kita. Gaul sebati dan biarkan seketika. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi ayam masak merah yang ni sedikit kering. Anda juga boleh tambahkan air jika mahukan sedikit kuah. Menu ini sangat sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak, nasi hujan panas bahkan boleh juga untuk nasi putih. Anda semua wajib cuba.

Versi 2 : Dari Puan Rani Ganga

Yang ni special dan mungkin berbeza dari yang anda pernah cuba. Sebab ada penggunaan lengkuas dan serai. Tapi tengok pada gambar, best sangat ni. Jom tengok resepi ayam masak merah mudah versi Puan Rani ni.

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan – bahan  di bawah ni untuk 1 ekor ayam. Gandakan ikut kuantiti yang anda mahu ea. Ayam tu goreng dulu separuh masak dengan kunyit n sedikit garam.

  • 3 sudu makan bahan kisar dari halia,bawang putih,bawang merah kecik
  • 3 sudu makan serai dan lengkuas yang dikisar sekali
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan sos cili maggi
  • 3 sudu makan sos tomato kimball
  • Bawang besar dan tomato
  • Bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih
  • Garam serta serbuk perasa

Cara buat ayam masak merah versi sedap yang ni :

#1: Masukkan minyak dalam kuali, tumis bahan rempah ratus sampai naik bau. Selepas tu masukkan bahan kisar serai dan lengkuas bersama bahan kisar bawang dan sebagainya tu. Kacau hingga pecah minyak

#2: Masukkan cili kisar dan garam sekali. Salah satu cara bagi cepat pecah minyak untuk pes ayam masak merah ni . So masukkan garam awal-awal sikit. Bila dah mula pecah minyak, masukkan sos. Memang best dan pilihan ramai sos tomato Kimball ni kalau bab masakan kan.Tambah  bahan perasa supaya seabti sedap rasanya

#3: Masukkan ayam , bawang besar dan tomato. Masak hingga layu bawang. Hidangkan dengan daun ketumbar sedikit.Memang best cara ayam masak merah versi ni .Banyak aroma dan perasa semula jadi tau.

Versi 3 : Dari Puan Mariana Zainal

Yang ni budak-budak suka sebab rasa dan colour dia mengancam. Tapi semua versi best buat makan dengan nasi minyak or tomato . Jom tengok beza dia.

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan – bahan untuk 1/2 ekor ayam. Gandakan ikut kuantiti yang anda mahu masak ea.

  • 1/2 ekor ayam dipotong dan lumur garam kunyit.Goreng hingga separuh masak.

Bahan kisar

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5- 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan lain :

  • 1 1/ 2 sdb gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 batangg serai diketuk
  • 1 gelas air
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar  dipotong bulat

Cara-cara ayam masak merah dimasak untuk versi ni :

#1: Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.Masukkan gula dan serai yang diketuk tadi. Biarkan lagi pecah minyak.

#2: Masukkan sos cili dan kacau sebati. Tambah ayam yang digoreng tadi separuh masak dan masukkan air sekali.Biarkan mendidih dan masukkan garam serta bahan perasa.Boleh masukkan waktu ni bawang besar. Biarkan semua mendidih dan kuah mula memekat. Siap.

Untuk ayam masak merah simple yang ni , versi ni guna air dan jadikan sedikit berkuah.Jadi sedap la anak-anak gaul dengan nasi jadikan kuah. Abes nasi dia buat cicah dengan rangka ayam lak. Suka kan tengok anak-anak berselera makan.

So yang mana versi anda suka ? Selamat mencuba tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Pilihan