Resepi Badak Berendam Inti Kelapa Best Untuk Pemanis Mulut

54323
Hari ini jom kita tengok resepi badak berendam untuk dijadikan hidangan pemanis mulut. Kuih ini boleh dikatakan senang untuk disediakan oleh anda.Sangat sedap

Hari ini jom kita tengok resepi badak berendam sedap untuk dijadikan hidangan pemanis mulut. Kuih ini boleh dikatakan senang untuk disediakan oleh anda.Sangat sedap makan dengan inti kelapa dan dimakan pula dengan kuah santan pekat.

Resepi badak berendam ini dohnya boleh dipelbagaikan.Ada kuih badak berendam labu yang doh luar dibuat daripada buah labu kuning dan juga kuih baak berendam pulut hitam yang doh luar daripada tepung beras pulut dan juga tepung beras pulut hitam.

Kalau sekali tengok, mesti ada yang cakap kuih badak berendam ini sama dengan kuih koci kan. Ya betul cumanya boleh dikatakan, kuih badak berendam ini senang disediakan sebab tak memerlukan bungkusan daun pisang.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kuih Kaswi Best Mudah Dibuat Sedap Dimakan

Bahan utama doh untuk dua-dua kuih ini juga sama iaitu tepung pulut. Jadi tekstur yang anda dapat adalah jenis tekstur liat.

Jom kita tengok tips resepi badak berendam untuk anda hasilkan kuih yang sedap dan cantik.

1. Buat kuah santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh didalam air.Sebabnya bila doh dah masak,senang anda terus masukkan dalam santan untuk elak melekat diantara satu sama lain.

2. Setelah inti siap dimasakkan.Sejukkan sebentar dan masukkan dalam freeze pada bahagian atas.Setelah agak2 sejuk n beku.Keluarkan dan bulatkan inti.Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh. Tak melekit dan kerja menjadi cepat.

3. Untuk dapatkan saiz kuih yg sama besar, timbang inti 11 gram dan doh 21 gram setiap satu.Leceh tp berbaloi dengan hasil kuih yang diperolehi

Terima kasih kepada Puan Farisha Sofea kerana sudi memberikan resepi badak berendam untuk kami cuba sepanjang cuti ini.

Bahan Resepi Badak Berendam Mudah :

Bahan Doh :

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan

Bahan Inti :

  • 1 1/2 cawan kelapa parut
  • 1 cawan gula melaka / gula merah
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Bahan Kuah Santan :

  • 2 cawan santan pekat /kotak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 helai daun pandan
  • garam dan gula secukupnya

Bahan Lain :

Air secukupnya untuk merebus doh.

Hari ini jom kita tengok resepi badak berendam untuk dijadikan hidangan pemanis mulut. Kuih ini boleh dikatakan senang untuk disediakan oleh anda.Sangat sedap

Cara Buat Resepi Badak Berendam Gula Melaka : 

Cara Buat Doh : 

#1: Satukan bahan doh dan air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh,ketepikan seketika .Tak perlu timbang dan bulatkan lagi.

Cara Buat Inti Badak Berendam : 

#1: Masak gula melaka/merah dengan air sehingga larut.Tapis guna tapis kain.Masak semula gula merah yang dah ditapis dengan gula pasir,garam,daun pandan sehingga gula pasir larut.

#2: Masukkan kelapa parut.Kacau sehingga kering.Bila tolak sedikit inti dgn senduk,kelihatan berbuih2 didasar kuali,maksudnya inti dah nak kering,boleh masukkan Tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.Tutup api.Siap

Boleh masukkan seketika dalam freezer untuk sejukkan inti.

Cara Buat Kuah Santan :

#1: Masukkan semua bahan dan kacau rata dulu sebelum diletakkan atas api sederhana.

#2: Masakkan sehingga mulai pekat dan wangi.Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing2.

Hari ini jom kita tengok resepi badak berendam untuk dijadikan hidangan pemanis mulut. Kuih ini boleh dikatakan senang untuk disediakan oleh anda.Sangat sedap

Langkah Terakhir :

#1: Ok semua sudah siap dibuat, bolehlah didih air panas dalam periuk sambil kita buat kuih badak berendam.Timbang doh 20 gram dan inti 10 gram.

Bulatkan doh dan masukkan inti kelapa. Tutup balik dengan sempurna. Terus masukkan ke dalam air yang mendidih. Biarkan masak. Bila dah terapung, itu tanda dah masak.

Angkat dan toskan kuih badak berendam. Kemudian anda boleh gaulkan dalam kuah santan atau tuang kuah santan ke atasnya. Mana-mana yang anda rasa sesuai.

Hari ini jom kita tengok resepi badak berendam untuk dijadikan hidangan pemanis mulut. Kuih ini boleh dikatakan senang untuk disediakan oleh anda.Sangat sedap

Lengkap cara pembuatan resepi badak berendam kami berikan ea.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom