Resepi Bahulu Comel Saiz Best Rangup Untuk Anda Cuba.Sedap

22416
Dengan resepi bahulu comel yang bersaiz kecil-kecil seperti ini, memang sangat berbaloi untuk dibuat. Dahla cantik, makan pun sedap bila baru masak kan.

Dengan resepi bahulu comel yang bersaiz kecil-kecil seperti ini, memang sangat berbaloi untuk dibuat. Dahla cantik, makan pun sedap bila baru masak kan. Anda boleh cari acuan cermai seperti ini di kedai-kedai bakeri atau kedai peralatan periuk. Banyak ada dijual disana.

Rasa kuih bahulu yang lembut dan wangi bila lepas siap dibakar memang membangkitkan selera. Ada yang suka makan begitu sahaja, ada yang suka makan bahulu dengan cicah air tea o panas mahupun kopi. Nostalgia.

Teringat kenangan zaman kecil. Dengan rasa sedap, lemak dan manis serta permukaan luaran bahulu yang sedikit rangup, buatkan tangan tak berhenti mengambil bahulu dari pinggan satu persatu.

BACA DI LINK BARU : Resepi Puding Lumut Best Penuh Dengan Tips Menarik Untuk Anda

Terima kasih kepada Puan MiSzel Bakri di atas sumbangan resepi bahulu comel ini kepada kami semua. Boleh kami mencubanya. Nampak sungguh sedap.

Dengan resepi bahulu comel yang bersaiz kecil-kecil seperti ini, memang sangat berbaloi untuk dibuat. Dahla cantik, makan pun sedap bila baru masak kan.

Bahan Resepi Bahulu Rangup :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 2 penutup botol esen vanila
  • 8 biji telur gred B
  • Pewarna kuning telur – terpulang pada anda untuk letak atau tidak

Cara Buat Resepi Bahulu Tradisional :

#1: Sangai atau goreng tanpa minyak tepung gandum dalam anggaran masa 2 minit. Tujuannya untuk bagi tepung gandum kering dan ringan. Tutup api dan masukkan dalam bekas pengayak. Ayak lebih kurang 2 kali dan ketepikan seketika.

Dalam bekas besar, masukkan telur, esen vanilla dan gula ke dalamnya.Pukul menggunakan hand mixer atau mixer pada kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi berbuih dan kembang.Maksud kembang ialah adunan menjadi warna sedikit putih dan adunan naik.

Dengan resepi bahulu comel yang bersaiz kecil-kecil seperti ini, memang sangat berbaloi untuk dibuat. Dahla cantik, makan pun sedap bila baru masak kan.

#2: Tambahkan tepung gandum ke dalam bekas sedikit demi sedikit sambil mixer pada kelajuan perlahan sehingga tepung habis. Masukkan pewarnan kalau anda suka.

Sambil itu, panaskan oven pada suhu 200’C selama 10 minit dan sapu/lengserkan minyak pada permukaan acuan bahulu.

Turunkan suhu oven pada suhu 195’C dan panaskan acuan yang telah disapu minyak selama 5 minit dan dikeluarkan.

#3: Barulah ceduk adunan bahulu menggunakan sudu dan isikan ke dalam acuan. Masak sekitar 10 minit pada suhu 195’C dan keluarkan bahulu bila masak.

Sapu/lengser semula minyak pada acuan dan tambah adunan serta bakar semula. Ulang sehingga habis.

Dah siap dengan lengkap resepi bahulu comel acuan cermai ini untuk anda cuba sendiri.

Dengan resepi bahulu comel yang bersaiz kecil-kecil seperti ini, memang sangat berbaloi untuk dibuat. Dahla cantik, makan pun sedap bila baru masak kan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom