Resepi Batang Buruk Tradisi Nostalgia Keluarga. Bukan Guna Kulit Popia

29955
Kami beri resepi batang buruk tradisi zaman berzaman untuk anda cuba sendiri keenakkan yang tersendiri yang original. Terasa inti kacang hijau dan rangup.

Setelah lama mencari , hari ini kami mahu berikan dan simpan resepi batang buruk yang betul-betul original di laman web kami. Bukan apa, memang susah nak cari resepi asal batang buruk ni. Banyak yang guna cara mudah dengan guna kulit popia,lepas tu ditambah dengan serbuk kacang hijau yang hanya disangai seketika.

Memang mudah tapi tak berapa kick dengan selera.

Resepi batang buruk original ni sekurang-kurangnya memerlukan masa 2 hari untuk siap. Kenapa ?

Selepas adunan doh digelek dan kelongsong batang buruk siap digulung, ianya perlulah dibiarkan semalaman untuk kurangkan kelembapan air dalam adunan. Ada juga yang keesokkannya jemur di luar rumah untuk bagi kering lagi sebelum digoreng.

Hasilnya, anda akan perolehi kelongsong atau sarang batang buruk yang rangup dan kerangupan kekal lama dengan cara penyimpanan yang betul.

BACA DI LINK BARU : Resepi Bihun Sup Utara Original Kedah. Ini Baru Betul-Betul Sedap

Inti resepi batang buruk pula ialah daripada kacang hijau. Kacang hijau ditampi supaya habuk keluar dan disangai hingga mulai garing. Kemudian diaturkan di dalam dulang untuk proses mengeluarkan kulitnya.

Caranya adalah dengan menggelek lesung batu dan tekan ke atas kacang hijau tadi.Kemudian sambung tampi sebelum dikisar halus dan dicampurkan dengan gula.

Banyak step dan renyeh kan ? Tapi ianya sangat berbaloi bila dibuat dengan cara tradisi ini.

Kelapa parut yang dibuat kerisik itu caranya adalah dengan sangai sampai kering 1/2 biji isi kelapa parut tapi jgn hangus. Lepas tu kisar ngan pengisar kecik. Kalau buat sendiri kurang minyaknya.

Terima kasih kepada Puan Lynn Fadzil atas sumbangan resepi batang buruk dari warisan emak dan neneknya untuk kita semua mencubanya. Boleh dijadikan pendapatan sampingan ni.

Kami beri resepi batang buruk tradisi zaman berzaman untuk anda cuba sendiri keenakkan yang tersendiri yang original. Terasa inti kacang hijau dan rangup.

Bahan  Resepi Batang Buruk Tradisi :

Bahan Kulit Batang Buruk :

  • 500 gram tepung beras Cap 3 Gajah
  • 1 kilogram tepung gandum
  • 1/2 biji kelapa parut dibuat kerisik (beli siap x sedap)
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam
  • Air panas baru masak secukupnya ( dituang sedikit demi sedikit )

Bahan Inti Dan Habuk :

  • 1 kilogram gula kisar (gula yg macam tepung)
  • 1 kilogram kacang hijau

Cara Penyediaan Resepi Batang Buruk :

#1: Dalam satu bekas campurkan semua bahan-bahan.Tuang air panas sedikit demi sedikit dan start menguli.Hati-hati sebab panas.Uli sampai doh tidak melekat di tangan. Dah cantik terbentuk doh, tutup dengan tuala bersih atau wrap dan biarkan selama 1 jam.

Dah lepas sejam, ambil sedikit dan canai serta boleh masuk dalam penggelek tangan. Baki doh tutup kembali supaya tak masuk angin. Gelek keluar nipis dan potong lebar sekitar 2-3 cm dan panjang 2-3 cm juga.Bentukkan jadi kelongsong.

Kami beri resepi batang buruk tradisi zaman berzaman untuk anda cuba sendiri keenakkan yang tersendiri yang original. Terasa inti kacang hijau dan rangup.

#2: Susun kelongsong batang buruk secara berdiri dalam dulang dan biarkan semalaman. Pagi esok jemur lagi tapi tak kena terus cahaya matahari. Barulah digoreng sebelah tengharinya hingga kelihatan garing dan angkat.

Sejukkan serta simpan dalam bekas kedap udara.

#3: Untuk habuk atau inti batang buruk ni,bersihkan kacang hijau dengan cara tampi untuk buang bendasing. Sangaikan kacang hijau lepas tu iaitu goreng tanpa minyak hingga garing.Api sederhana kecil sahaja.

Letakkan dalam dulang besar dan gelek-gelekkan dengan batu lesung. Biar senang tanggal kulitnya. Tampi dan buang kulitnya seberapa yg dapat.

Kisar kacang hijau hingga halus.Nak hantar kisar kat kedai pun boleh.Campurkan tepung kacang hijaudengan gula kisar .

Kami beri resepi batang buruk tradisi zaman berzaman untuk anda cuba sendiri keenakkan yang tersendiri yang original. Terasa inti kacang hijau dan rangup.

Bolehlah tekan-tekankan ke dalam kelongsong dan salut diluar batang buruk.Susun dalam bekas kecil dan dah siap dah resepi batang buruk warisan zaman berzaman ni.

Memang penat nak menggelek dengan tangan tapi kalau anda serius, gelek doh dengan penggelek elektrik. Mudahkan kerja.Selamat mencuba.