Resepi Belebat Ubi Keledek Menggamit Kenangan. Best Makan Kuih Ini.

8070
Sedapnya resepi belebat ubi keldek ini. Menggami kenangan sungguh. teringat rasa kuih belebat yang lemak-lemak. Senang je cara buat kuih belebat ini. Nanti cuba

Kami ingin kongsikan lagi resepi belebat ubi keledek Salah satu kuih dari zaman kecil kami. Waktu musim hujan camni, teringat emak buatkan untuk kami adik beradik. Senang je cara penyediaan dia. Tapi disebabkan kukus di dalam daun pisang, ianya menjadi sedap sangat disebabkan aroma daun pisang itu sendiri.

Resepi belebat ubi ini boleh dipelbagaikan. Ada yang pakai ubi keledek oren, ada pakai ubi keledek ungu, ada yang pakai nangka.Semua boleh.

Sedikit tips untuk hasilkan resepi belebat ubi keledek yang sedap :

1- Untuk kekalkan rasa manis ubi keledek, jangan rebus di dalam air tapi kukus. Cara ini akan kurangkan air masuk dalam ke dalam ubi.

BACA DI LINK BARU : Resepi Cheesekut Dua Versi Best. Leleh Vs Strawberi. Sedappp

2- Semasa kacau adunan belebat di atas dapur, gunkan whisk. Bukan senduk . Ini untuk sebatikan adunan.

Kacau hingga aduna mula memekat dan berkilat. Itu tanda adunan sudah pun masak dan tepung beras susah bertukar kepada kanji sepenuhnya.

Sedapnya resepi belebat ubi keldek ini. Menggami kenangan sungguh. teringat rasa kuih belebat yang lemak-lemak. Senang je cara buat kuih belebat ini. Nanti cuba

Terima kasih kepada Puan Siti Nardina atas perkongsian resepi belebat ubi yang sedap dan menarik ni. Boleh la kami semua mencubanya.

Bahan Resepi Belebat Ubi Keledek :

  • 1 ketul ubi keledek oren anggaran 250-300 gram.
  • 1 cawan tepung beras cap 3 gajah
  • 3 cawan santan kotak/segar
  • 5 sudu mkn gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun pisang secukupnya

Cara Buat Resepi Belebat Ubi Keledek :

#1: Ubi keledek oren dibersihkan, dikupas dan potong memanjang. Kukus hingga masak.Kemudian boleh dipotong kecil.dadu.

Masukkan bahan resepi laian ke dalam periuk/kuali. Whiskan sehingga sebati.

Buka api sederhana kecil dan sentiasa kacau. Bila adunan hampir pekat, barulah masukkan potongan ubi keledek tadi. Kacau lagi hingga adunan berkilat, pekat. Tutup api.

Sedapnya resepi belebat ubi keldek ini. Menggami kenangan sungguh. teringat rasa kuih belebat yang lemak-lemak. Senang je cara buat kuih belebat ini. Nanti cuba

#2: Ambil daun pisang yang dipotong mengikut saiz sesuai, lap bersih dan panaskan air dalam pengukus. Cedok lebih kurang 1 1/2 sudu makan adunan belebat ke atas daun pisang. Lipat cantik.

Dah siap semua, susun belebat ubi keledek di dalam pengukus dna kukus selama 10 minit dengan tutup penutup dengan tuala untuk elak air menitik masuk.

Dah boleh siap dimakan dah belebat ubi. Sedap. Lemak-lemak manis.Nanti boleh la anda mencuba resepi belebat ubi keledek oren ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom